in

Sinopsis Epilog Syurga Cinta

Slot Akasia: Epilog Syurga Cinta – (28 Episod) Isnin-Khamis, jam 6.30petang, mulai 2 Ogos

Epilog Syurga Cinta terbitan MIG Productions memaparkan kehidupan Irham yang moden dan jauh tersasar dari landasan agama yang sewajarnya menjadi pegangan, begitu ironi dengan Siti Syuhada yang begitu ikhlas mentaati ajaran agamanya yang suci.

Satu-satunya yang menghubungkan dua insan dari dua dunia yang bertentangan ini adalah si comel Mia, anak angkat kepada ayah dan ibu Irham yang juga merupakan pelajar di tadika milik Siti Syuhada.

Setelah berkenalan dengan Syuhada, Irham telah mengenali semula agama Islam. Namun, sikap liar Irham pada masa lampau telah membawa padah kepada dirinya. Percintaan yang dimulakan atas perjudian Irham dengan kawan-kawannya telah mengecewakan Syuhada kerana dia sangka Irham telah berubah. Adakah Irham akan mengenali erti hidup dan cinta yang sebenar?

Pelakon: Zizan Nin, Rafidah Ibrahim, Mia Sara, Intan Ladyana

Fida
Fida

Zizan Nin
Zizan Nin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fasha Sandha, Azhar Sulaiman dalam Drama Rahsia Shaliza

Gambar Aleesya Anak Erra Fazira Terbaru 2010