in

Fara Fauzana & Yakult Rai Warga Emas

Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., pengeluar minuman susu kultur probiotik terkemuka dunia, Yakult, telah meraikan warga emas dari Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas dan Adik Fiqkri, seorang kanak-kanak dari Terengganu yang dilahirkan tanpa salur najis (dubur imperforata) dalam sebuah majlis berbuka puasa bersama pihak media di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, seramai 15 orang warga emas dari Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas telah diraikan selain Adik Fiqkri sekeluarga dan majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran selebriti popular, Fara Fauzana dan maskot Yakult. Para tetamu disajikan dengan pelbagai juadah berbuka puasa yang menyelerakan yang telah disediakan khas oleh pihak Kokopelli Travellers Bistro yang turut menaja sebahagian daripada hidangan pada malam tersebut. Majlis yang turut dihadiri oleh Pengarah Jualan dan Pemasaran syarikat Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada, Pengurus Perhubungan Awam dan Sains syarikat Yakult (M) Sdn Bhd, Mazlyn Mena binti Mustapha dan Pengarah Urusan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Hajah Muji binti Sulaiman telah berlangsung dalam suasana meriah dan mesra. Majlis berbuka puasa kali ini merupakan yang pertama dianjurkan oleh syarikat Yakult (M) Sdn Bhd secara rasmi. Mengikut perancangan, majlis sebegini akan diteruskan sebagai acara tahunan pada tahun-tahun yang akan datang.

[pullquote align=”right”]Majlis berbuka puasa untuk warga emas, adik Fiqkri dan media bersama minuman kesihatan Yakult dan Fara Fauzana[/pullquote]

Sumbangan derma sebanyak RM2,000 dari syarikat serta kakitangan Yakult (M) Sdn Bhd berserta duit raya dan minuman kesihatan Yakult telah disampaikan oleh Mazlyn kepada warga Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas yang dapat hadir bersama pada majlis tersebut. Seramai 40 orang lagi warga rumah jagaan tersebut tidak dapat hadir kerana uzur dan sumbangan untuk mereka akan diserahkan pada keesokan harinya di rumah jagaan berkenaan. Duit raya turut dihulurkan kepada Adik Fiqkri dan keluarganya oleh pihak Yakult.

Dalam ucapannya, Mazlyn berkata, sumbangan yang disampaikan kepada warga emas adalah sebagai penghargaan ke atas pengorbanan dan jasa mereka dalam membesarkan anak-anak mereka, selain perkhidmatan mereka kepada masyarakat dan negara selama ini. Menurut beliau, pihak syarikat Yakult amat prihatin terhadap kebajikan dan tahap kesihatan warga emas di negara ini kerana kajian telah menunjukkan kadar jangkitan penyakit berjangkit di kalangan warga emas terutamanya di rumah-rumah jagaan amat tinggi. Ini adalah kerana dengan peningkatan usia, sistem pertahanan tubuh badan terhadap penyakit turut terjejas. Oleh itu, diharap dengan sumbangan minuman susu kultur Yakult kepada warga Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, dapat mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit dan meningkatkan tahap kesihatan warga emas yang terbabit.

Dalam ucapannya, Mazlyn turut berkongsikan kisah Adik Muhammad Fiqkri Izzuan, 6 tahun, dari Ajil, Terengganu yang telah dilahirkan tanpa bukaan lubang dubur. Dalam istilah perubatan, keadaan ini digelar sebagai “dubur imperforata” (imperforate anus). Selepas menjalani tiga pembedahan semasa masih bayi, termasuk memasang beg kolostomi, Adik Fiqkri akhirnya dapat membuang air besar secara normal bila mencecah umur setahun. Namun, dia masih lagi menghadapi masalah sembelit dan kembung perut yang teruk.

Lebih malang lagi bagi Adik Fiqkri, pada tahun 2009 semasa umurnya 2 tahun, ususnya telah tersumbat sehingga mengakibatkan dia muntah najis melalui mulutnya. Dia dikejarkan ke hospital dan doktor telah memberi ubat julap namun ia gagal membantunya. Dia didapati telah tertelan sebiji skru sebesar jari telunjuk. Najisnya yang keras menyulitkan lagi keadaannya. Melihat keadaannya yang kesakitan itu, seorang jururawat telah memperkenalkan minuman Yakult kepada ibubapa Adik Fiqkri. Alhamdulillah, pertama kali minum Yakult, masalah usus tersumbat tadi dapat diatasi. Kini, Adik Fiqkri semakin pulih dan masalah sembelitnya telah banyak berkurangan. Pihak syarikat Yakult (M) Sdn. Bhd. sehingga kini masih lagi membekalkan 200 botol Yakult Ace secara percuma kepada Adik Fiqkri setiap bulan untuk memastikan kesihatan ususnya terjaga bagi mengurangkan bebanan keluarganya yang kurang berkemampuan.

Aktiviti-aktiviti amal ini adalah selaras dengan falsafah syarikat Yakult iaitu mencegah penyakit lebih baik daripada mengubati, usus yang sihat membawa panjang umur dan menyampaikan kesihatan yang baik kepada seramai orang yang boleh.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Majlis Pertunangan Raja Azmi & Eddie CRK

Zed Zaidi Kata Ezany Nizariff Tidak Kenang Budi