in ,

Fara Fauzana Menang Anugerah Artis ARTIS HIP Highly Intelligent Popular

Budiey nak ucapkan sekalung tahniah buat pengacara Melodi TV3, Fara Fauzana atas kemenangan beliau dimahkotakan sebagai Artis ARTIS HIP (Highly Intelligent Popular). Wah, walaupun anugerah Hip TV ni sekadar suka-suka dan nampak macam mengarut tapi untuk anugerah untuk Fafau ni boleh tahan la jugak.

Bijak & popular bermakna anda bijak mengawal kontroversi dan isu yang menjerat diri anda, bijak bagi anda adalah bijak membawa diri sehingga berjaya mengumpul 200 ribu orang peminat dalam fanpagenya.

Dengarnya, program Alahai Fafau mendapat sambutan hangat dari peminat dan ratingnya agak tinggi. Cuma ramai peminat kecewa kerana Alahai Fafau hanya bersiaran selama setengah jam sahaja.

Tahniah Fara Fauzana!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sudut Pidato Rancangan Terbaru Astro Awani

MENANGI HADIAH LUMAYAN at GATSBY DEODORANT STREET FAIR