in ,

Fara Fauzana Hos Program Kepohnya Raya di Astro Ria

Tak sangka dapat jumpa penyampai radio popular, Fara Fauzana di Majlis Berbuka Puasa Astro & Pelancaran Saluran Terbaru Astro di Saloma Bistro, Jalan Ampang pada 15 Ogos lalu. Yelah, ini kan event Astro, bukan event Media Prima. Buat apa Fara Fauzana kat sini? Haaa… Terdetik juga tanda tanya Fara Fauzana ni dah join Astro dah ke? Bila masa pulak Fara keluar dari Media Prima kan?

Teringat lagi dengan ura-ura tawaran dari Astro yang mahu mengambil Fara Fauzana kembali bertugas sebagai penyampai radio dengan pengacara TV dengan menawarkan RM1juta! Wow, satu tawaran yang lumayan. Kalaulah tawaran tu diberi pada Budiey, Budiey ON je. Sejuta tu! Kayo kayo.

Fara Fauzana

Namun, bagi Fara Fauzana rasanya tawaran untuk berpindah semula ke tempat asalnya sebagai penyampai radio Era adalah satu perkara yang mustahil. Hot FM masih lagi memerlukan khidmat Fara Fauzana yang begitu bijak untuk mengendalikan segmen pagi dengan kolaborasi deejay Faizal Ismail dan Abang Usop Wilca. Malah bagi Budiey, Fara Fauzana merupakan lombong emas Hot FM. Dengan peminat dan pengikut yang ramai, Fara Fauzana menjadi tarikan utama untuk meningkatkan rating radio yang sentiasa hangat itu.

Walau bagaimana pun, Fara Fauzana masih terbuka untuk menjadi pengacara program TV di Astro. Terbaru, sempena hari raya Aidilfitri, Fara akan mengendalikan sebuah program hiburan berjudul KEPOHNYA RAYA yang akan disiarkan pada hari raya pertama, jam 4 petang. Fara akan bergandingan bersama dengan penyampai Radio Era iaitu Reza Mohammad yang akan menemuramah beberapa orang artis. Semuanya akan jadi kecoh dan kalut, kata Fara. Nak tahu camna kecoh dan kepohnya diorang, kenalah tonton ya.

Promo Promo Kepohnya Raya Bersama Fara Fauzana

Selain itu, Fara juga akan berkolaborasi dengan penyampai radio serta TV9 yang lain untuk merakam single hari raya berjudul Suasana Hari Raya nyanyian asal Anuar Zain dan Elina serta sebuah lagu baru hasil ciptaan Muhammad Ashraf Aasimudin (atau dikenali sebagai Acap) berjudul Hangatnya Raya Di Hatiku.

Gabungan penghasilan dua “single” Hari Raya ini semakin hangat dengan kemunculan Upin & Ipin serta juara dan finalis Idola Kecil musim ketiga (IK3) iaitu Nor Harris Alif bin Mohd Rashidi (Harris), Puteri Aszfaryna Khareeza (Puteri), Abdul Hadi Bin Abdul Mazlan (Hadi) dan Angelica Paujin (Angel) di samping para penyampai radio Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Leya, Kieran dan Ikhwan.

Untuk Fara, semoga terus sukses ya. Selamat berpuasa dan selamat menyambut lebaran yang akan menjelma tak lama je lagi.

Fara juga mahu mengucapkan selamat hari raya buat semua pembaca ya.

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rabbani Kini Dah Ada Studio Sendiri

Sekitar Majlis Doa Selamat & Berbuka Puasa SimplySiti 2011