in ,

Ada Sebab Elfira Loy Rahsiakan Pertunangan

Elfira Loy sembunyi pertunangan atas permintaan keluarga.

Segalanya bersebab. Elfira Loy ada alasan tersendiri mengapa dia bertindak untuk tidak menghebahkan berita pertunangannya kepada umum.

Selebriti terkenal itu menjelaskan dia tidak menghebahkan majlis pertunangannya dengan jejaka bernama Faris pada 2 September lalu bagi menghormati permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.

Menurut Elfira, keluarga meminta mereka menjalankan majlis secara sederhana dan dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Ada Sebab Elfira Loy Rahsiakan Pertunangan

“Saya tidak ada niat merahsiakan sebaliknya ia adalah permintaan keluarga kami yang mahu ia dijalankan tanpa sebarang liputan media.

“Sebenarnya kalau anda perasan, berita pertunangan itu bukanlah disampaikan oleh saya.

Semasa ditemui di majlis pelancaran kempen AirAsia #Throughthelens di Nathalei Gourmet I’Espace, Petaling Jaya, Elfira telah mendedahkan segalanya.

“Majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya untuk ahli keluarga sahaja. Tak tahu bagaimana berita tu boleh tersebar.

“Entah bagaimana ia juga terlepas dan ada yang sebarkan foto pada hari berkenaan, Alhamdulillah mereka tidak ralat dengan perkara itu,” – Elfira

Pada awal September ini Elfira dilaporkan satu majlis merisik dan bertunang secara tertutup diadakan di kediamannya yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur. Namun tiada pihak mengesahkannya termasuklah ahli keluarga.

Hubungan Elfira yang mesra disapa El dengan lelaki berkenaan mula dihidu beberapa bulan lalu apabila dia memuat naik foto bersama.

Dalam pada itu, Elfira berkata, selepas melalui pengalaman pahit pada pertunangan sebelum ini, dia memilih untuk mengadakan majlis istimewa itu secara sederhana.

“Dulu saya akui terlalu teruja kerana pengalaman bercinta kali pertama dan majlis dibuat secara besar-besaran.

“Kali ini biarlah sederhana sahaja dan yang penting ia berjalan lancar.

“Sebenarnya perancangan awal hanyalah untuk merisik tapi setelah berbincang, pihak di sebelah sana mencadangkan untuk melangsungkan pertunangan sekaligus,”

Sementara itu, Elfira berkata, dia masih belum bersedia untuk mendedahkan tarikh sebenar majlis pernikahannya yang kemungkinan berlangsung pada tahun depan.

Katanya, dia dan pasangannya baharu sahaja menjalani kursus perkahwinan dan belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.

“Tarikh kahwin dalam hati saya, siapa boleh baca hati saya mesti dia dapat agak,” ujarnya.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 namun hubungan tersebut terputus secara rasmi pada 18 Februari lepas.

Ketika ditanya mengenai tarikh pernikahannya, Elfira seakan memberi bayangan ia akan diadakan tahun depan.

Menjawab pertanyaan media sama ada dia cuba untuk ‘lari’ dari menjawab soalan berkaitan pertunangannya, Elfira mempunyai jawapan tersendiri.

“Saya tak lari pun, sebab tak ada orang kejar,”

Tambah Elfira lagi, dia menghormati permintaan kedua-dua keluarga untuk menjadikan pertunangan ini lebih ‘intimate’.

Lagipun dengan tempoh perkenalan yang masih baru lagi, Elfira ingin mengambil masa untuk benar-benar mengenali pilihan hatinya.

Elfira telah melangsungkan pertunangan 2 September lalu dengan jejaka yang dikenali sebagai Muhammad Faris Khairol Anuar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tom Holland Dedahkan Gambar Kostum Terbaharu Spiderman dalam FAR FROM HOME

Nabil Ahmad Juara Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama