in ,

Senarai 10 Filem Seram Untuk Ditonton di iflix

Nah! Sekarang ni sempena Halloween, semua saluran rancak untuk menayangkan filem dan drama seram. Begitu juga di iflix, Budiey lihat banyak sekali filem seram yang sesuai untuk ditonton. Filem-filem seram ini bakal membuat anda meremang bulu roma!

Dalam banyak-banyak filem kat bawah ni, filem manakah yang paling seram bagi korang?

Untitled

1. Karak (2011)
Dibintangi: Along Eyzendy, Kilafairy, Shahir Zawawi, Shera Ayob
Cerita bermula apabila 4 orang sahabat yang menuntut di sebuah kolej sedang dalam perjalanan ke Kuantan dari Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Namun, mereka harus pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah keesokan paginya. Lantas memilih untuk mengikut jalan lama. Keputusan inilah yang bakal merubah hidup mereka selepas itu.

Untitled

2. Dendam Orang Mati (2014)
Dibintangi: Miera Leyana, Fizz Fairuz, Lisa Surihani
Kisah ini bermula apabila Lena tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan. Keadaan bertambah runsing apabila suaminya Shahrul, memperkenalkan Lena kepada isteri barunya, Min di flat lamanya di tingkat 4 yang kini menjadi tingkat 3A. Tidak lama kemudian, pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan mula berlaku di flat tersebut. Lena yang masih keliru dengan kehidupan barunya mula merasai tekanan akibat diabaikan oleh suaminya yang berbelah bagi antara isteri mudanya dan Lena.

Untitled

3. 1200am (2005)
Dibintangi: Robertino, Olga Lydia, Rionaldo Stockhorst, Inong, Fenita Jayanti
Semenjak Alvin dan Inez menjadi pasangan kekasih, timbul persoalan satu demi satu. Sifat posesif Inez semakin menjadi-jadi, namun Alvin terus bersabar. Alvin yang terus tekun dalam bidang fotografi bertemu dengan teman baru Bayu. Inin membuatkan Inez merasa cemburu. Inez merasakan perhatian Alvin terlalu fokus pada hobi nya yang membuatkan dia rasa terpinggir.

Untitled

4. Bisikan Syaitan (2013)
Dibintangi: Wan Sharmila, Nabila Huda, Fizz Fairuz
Mengisahkan tentang kehidupan pasangan di antara Soraya dan Kamil yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.

Untitled

5. Flat 3A (2011)
Dibintangi: Zaidi Omar, Khaty Azean, Ery Zukhairi, Shasha Zurazie, Adey Syafrien,
Intan Ladyana
Kisah bermula apabila Fikah berpindah ke rumah baru. Tanpa diduga rumah tersebut adalah sebuah rumah tinggal yang berpuaka. Di samping itu usaha Wahyu (Ery Zukhairi) yang menjejaki kehilangan anak saudaranya, Fatin mula merungkai segala persoalan dan misteri. Apakah punca rumah itu berpuaka dan apakah yang bakal terjadi kepada Fikah dan Anas? Apakah kaitan Fatin & Wahyu dalam misteri rumah tersebut?

Untitled

6. Highland Tower (2013)
Dibintangi: Niezam Zaidi, Kamal Faridz, Shima Anuar, Atikah Suhaime, Adiba Yunus,
Mikail Andre
Shima merupakan pengacara untuk satu program televisyen dan ingin menghasilkan sebuah dokumentari berbentuk paranormal. Dia memilih lokasi popular tragedi Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Kelang yang pernah runtuh pada 11 Disember 1993. Penggambaran ini dilakukan pada waktu malam. Shima yang asyik mengambil gambar di sekitar kawasan itu untuk bahan kajiannya dan tanpa disedari lensa kameranya merakam objek misteri.

Untitled

7. Jangan Pandang Belakang (2007)
Dibintangi: Ruminah Sidek, Hafidzudin Fadzil, Khatijah Tan, Cat Farish, Intan Ladyana, Pierre Andre
Seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) cuba mencari kepastian tentang kematian misteri tunangnya, Rose (Intan Ladyana). Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) cuba mencari jawapannya. Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahu pun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belenggu yang mengganggu hidupnya setiap hari?

Untitled

8. Keramat (2012)
Dibintangi: Rabecca Nur, Zul Handyblack, Adey Syafrien, Putri Mardiana, Diana Amir
Pada tahun 1900, Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Oleh itu, Habib dipukul kejam oleh Jabar, abang kandung Mustika. Dia terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampung. Lantas semua penduduk kampung mati oleh cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib. Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah.

Untitled

9. Minyak Dagu (2013)
Dibintangi: Fizo Omar, Fezrul Khan, Yana Samsudin
Azman bertekad untuk membalas dendam apabila tunangnya Emelda, memutuskan pertunangan mereka untuk berkahwin dengan lelaki lain. Azman melawat ahli sihir yang mengajarnya untuk meletakkan kutukan pada Emelda yang kemudian menjadi histeris pada hari pernikahannya. Tindakannya secara tidak langsung menyebabkan kematian ibu Emelda yang pengebumiannya menyesal. Walau bagaimanapun, ini bertentangan dengan nasihat doktor ahli sihir, yang memberi amaran kepadanya supaya tidak melawat mayat atau bersiap untuk mengalami akibatnya.

Untitled

10. Jailangkung (2017)
Dibintangi: Gabriella Quinlyn, Hannah Al Rashid, Jefri Nichol, Amanda Rawles
Kisah Jailangkung bermula apabila Ferdy, tidak sedarkan diri secara misteri. Ketiga-tiga anaknya, Bella, Angel dan Tasya cuba mencari punca disebalik kejadian misteri ini. Dengan bantuan teman Bella iaitu Rama, mereka dapat tahu yang Ferdy telah terlibat dengan permainan sihir menggunakan boneka kayu iaitu Jailangkung yang memanggil roh si mati kembali. Namun roh siapakah yang Ferdy panggil? Bella, Rama, Angel dan Tasya pergi ke rumah rahsia bapanya untuk kemblikan sesuatu, tetapi mereka mengalami pelbagai gangguan.

Amacam? Ada berani nak tonton marathon?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Genting Hong Kong Signs Strategic Mou With Baoshan District Government

Muslimah Mexico Pertama Kali ‘Kenal’ Telekung