in

Max Muay Thai Temui Penonton RTM Mulai 23 Oktober ini

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan siaran secara rakaman kejohanan “Max Muay Thai 2018” sebanyak 5 episod di TV1 setiap hari bermula 23 Oktober ini, pukul 12.30 malam dan juga di saluran RTM HD Sports.

Kejohanan ini turut disiarkan secara langsung ke beberapa negara di seluruh dunia dan mendapat sambutan yang hangat daripada penonton.

Max Muay Thai Temui Penonton RTM Mulai 23 Oktober ini di TV1

Kejohanan ini mempertandingkan beberapa kategori pertandingan iaitu The Global Fight Champion, The Hero Champion Challenge, The Champion Muay Thai dan Max Muay Thai Ultimate 2018.

Max Muay Thai merupakan kejohanan Muay Thai peringkat antarabangsa yang menggabungkan atlet dari Thailand dan juga luar negara. Kejohanan ini telah diadakan di Stadium Max MuayThai yang terletak di Sukhumvit, Pattaya Thailand.

Sukan Muay Thai merupakan sejenis sukan combat yang berasal dari negara jiran iaitu Thailand. Sukan ini merupakan merupakan kombinasi gerakan serangan menggunakan tangan, kaki dan anggota tubuh yang lain bagi menyerang pihak lawan dan seterusnya mendapatkan markah.

Walaupun sukan ini berasal dari Thailand, namun ia mempunyai peminat dan penggiat yang ramai di negara ini. Sukan ini juga telah menjadi acara pertandingan sukan wajib terutamanya di negeri pantai timur Malaysia. Ramai jaguh-jaguh Muay Thai telah dilahirkan melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di seluruh negara.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem KUNG FU LEAGUE

Tom Holland Dedahkan Gambar Kostum Terbaharu Spiderman dalam FAR FROM HOME