in ,

Faizal Ismail Ganti Zizan Razak dalam Bintang Mencari Bintang

Ujibakat Bintang Mencari Bintang Kini Bermula

Semalam, 19 Januari telah bermula sesi ujibakat musim pertama Bintang Mencari Bintang di AEON Seberang Perai City, Pulau Pinang. Melihat dari Instagram milik TV3, Budiey lihat ramai juga yang hadir untuk mencuba nasib. Esok, 20 Januari, anda yang tinggal di belah utara masih lagi berpeluang untuk datang ujibakat.

Selain di Penang, ada lagi ujibakat menanti anda di Centrepoint Kota Knabalu, Sabah (26 & 27 Jan), Boulevard Kuching, Sarawak (2 & 3 Feb), Kota Bharu Trade Centre, Kelantan (8 & 9 Feb), Plaza Angsana, Johor Bahru (16 & 17 Feb) dan AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur (23 & 24 Feb).

Bintang Mencari Bintang

Sesi ujibakat terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 hingga 28 tahun, lelaki atau perempuan, solo atau berkumpulan tidak melebihi dua orang serta memiliki bakat untuk bersketsa komedi dan boleh menyanyi. Peserta perlu membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R serta membawa minus one lagu-lagu yang bakal dipersembahkan untuk penilaian juri.

Bintang Mencari Bintang dilihat sebagai satu Usaha TV3 untuk terus mencungkil serta melahirkan bakat baru di persada seni tanah air.

Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Ajai diberi tugas sebagai juri untuk memilih peserta yang berkelayakan ke pusingan seterusnya di mana peserta yang terpilih ini kemudiannya akan dinilai oleh keenam-enam sifu untuk memilih anak didik di bawah mereka.

Baru-baru ini, Budiey hadir di Sidang Media Bintang Mencari Bintang dan sempat bertemu dengan beberapa mentor yang dilantik. Namun, di saat akhir, Zizan Razak menarik diri kerana terlalu banyak komitmen dengan stesen TV lain dan digantikan dengan penyampai radio Hot FM.

Bintang Mencari Bintang merupakan sebuah program 15 episod yang memperlihatkan kewibawaan barisan sifu terkenal tanah air dalam mencungkil serta menggilap bakat baru bagi melahirkan seorang penghibur yang versatil dan berbakat.

Penerbit Eksekutif ‘Bintang Mencari Bintang berkata:

“Ini bukan benda baru yang pernah dihasilkan oleh TV3 di mana sebelum ini kami pernah menerbitkan program ‘Sinaran Pasport Kegemilangan’ pada tahun 1994 di mana kami mencari bakat yang boleh bersketsa komedi dan juga menyanyi.

“Sudah lama kami merancang perkara ini dan kami rasa ini adalah masa yang sesuai untuk pihak kami mencari bakat baru bagi diserapkan dalam program-program untuk empat stesen di bawah Media Prima Berhad seterusnya dapat membawa mereka pergi lebih jauh lagi dalam industri hiburan negara.”

Bagi musim pertama, enam sifu yang bukan calang-calang orangnya telah diberi amanat untuk menggalas tanggungjawab besar sebagai tenaga pengajar. Mereka terdiri daripada penghibur yang cukup berpengalaman seperti Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, kumpulan Senario (Wahid, Azlee dan Mazlan), Raja Azura, Sabri Yunus dan juga Faizal Ismail.

Bintang Mencari Bintang

Bintang Mencari Bintang

Bintang Mencari Bintang

Bintang Mencari Bintang

Bintang Mencari Bintang

Senario

Senario

Raja Azura

Raja Azura

Raja Azura

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pelakon Amran Ismail Kini Bergelar Penyanyi

Psy Janji Hadir di GDA Tahun Depan