in

Psy Janji Hadir di GDA Tahun Depan

Tahniah buat Psy yang telah berjaya mendapat gelaran Lagu Terbaik GDA 27 menerusi lagu Oppa Gangnam Style. Psy telah mengungguli dua anugerah daripada 20 anugerah trofi yang dipertandingkan.

Walaupun tak hadir di Golden Disk Awards, Psy sempat merakam ucapan menerusi sebuah video khas yang ditayangkan semasa GDA berlangsung. Menurut Psy, dia sama seperti artis K-Pop lain yang mengidam untuk memang dalam anugerah utama iaitu Lagu Terbaik GDA.

“Saya begitu gembira dan berbesar hati sebab diberikan anugerah yang besar ini. Saya memang dari dulu lagi menyimpan impian untuk memenangi anguerah ini dan sekarang cita-cita saya menjadi nyata. Ya, saya dah menang pun.”

“Saya juga nak minta maaf sebab tak dapat hadir di GDA di Malaysia tapi saya berjanji saya akan datang buat persembahan mantap di GDA pada tahun depan. Sebagai membalas jasa semua peminat yang menyokong saya, saya akan kembali dengan lagu, koreografi dan video muzik yang lebih baik. Nantikan ya.”

Lagu Psy – Oppa Gangnam Style telah dinyanyikan oleh artis K-Pop yang lain semasa penutup GDA hari kedua yang lalu.

Pada tahun depan, Budiey dengar GDA akan diadakan di negara Eropah pulak. So, siapa nak ikut Budiey ke sana? Budiey ada pass VIP nih. (LOL).

Tahniah buat Psy

psy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Ismail Ganti Zizan Razak dalam Bintang Mencari Bintang

Keputusan Pemenang Golden Disk Awards 27 di Malaysia