in

Pelakon Amran Ismail Kini Bergelar Penyanyi

Ramai juga artis berbakat di Malaysia. Ada setengahnya, penyanyi mahu jadi pelakon dan ada jugak pelakon mahu terjun ke dunia nyanyian. Begitu juga dengan pelakon Amran Ismail yang kini memperkenalkan lagu single terbaru yang pertama iaitu Ini Janjiku.

Kalau ada yang tak kenal dengan Amran Ismail, beliau adalah finalis Maskulin musim kedua dan sudah bergelar pelakon lebih 19 tahun lalu. Antara judul drama yang pernah dibintangi, Ejen 016, Bella TV3, Apa Celop Raya, Gincu Untuk Abah (RTM), Geng Surau dan banyak lagi.

Selain berlakon, Amran Ismail juga boleh menjadi pengacara dan sudah mengendalikan sebuah program TVi, Astro 180 – POV (13 episod) dan sering mengikuti program School Attack, Banana Land dan Jom Heboh TV3.

Baru-baru ini, Amran Ismail telah dinobatkan sebagai finalis Mr. Uberman 2012 dan memenangi tempat kedua dan Mr. Talent King. Ini adalah kejayaan dan kenangan terindah untuk Amran Ismail di tahun 2012. Kini, setelah bertahun-tahun jadi pelakon, Amran nak cuba dunia nyanyian pula.

Lagu Ini Janjiku ciptaan Amran Ismail sendiri telah diperkenalkan kepada media baru-baru ini.

Amran Ismail

Amran Ismail

Amran Ismail

Amran Ismail

Amran Ismail

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artikel Berita Harian Konsert Solo Anuar Gabung Tenaga Kerja, Kreativiti Terbaik

Faizal Ismail Ganti Zizan Razak dalam Bintang Mencari Bintang