in , , , ,

Faizal Ismail & Erra Fazira Menang Cabaran Badminton Hot Fm AM Krew

CABARAN BADMINTON HOT FM AM KREW
Pada pagi yang cerah 21 Mac 2008, telah berlangsung satu perlawanan badminton yang melibatkan AM Krew Hot FM dan juga selebriti Erra Fazira dan Ally Iskandar. Yeay! Pasukan yang Budiey sokong menang juga akhirnya! Syabas kepada Faizal Ismail dan Erra Fazira! Kepada Faizal, awak memang kelakar habis lah bila pakai rambut palsu. Ramai gelak bila tengok korang main badminton.

Maka, selesai sudah cabaran badminton antara Faizal dan Fara Fauzana. Ternyata pasukan yang dianggotai oleh dua orang yang tinggi lampai iaitu Erra Fazira dan Faizal Ismail terpaksa mengharungi waktu yang agak sukar untuk menewaskan pasukan comel Fara Fauzana dan Ally iskandar. Dengan permainan 15-21, 21-8 dan 21-14, kemenangan mutlak menjadi milik Faizal dan Erra.

FAIZAL PAKAI RAMBUT PALSU
Aksi lucu faizal yang mengenakan rambut palsu seperti yang disarankan oleh pasangannya, Erra nyata membawa tuah kepada pasukan mereka. Manakala Fara dan Ally Iskandar pula terpaksa akur dengan kekalahan tersebut.

FARA KENA DENDA
Fara telah dicabar oleh Faizal sekiranya Fara kalah dalam perlawanan tersebut, beliau harus memotong rambut beliau ke paras pendek. Yang nyata, Faizal terselamat daripada bersiaran selama 24 jam apabila memenangi perlawanan tersebut. Fara akan menyahut kekalahan tersebut pada hari isnin, 24/3/08 di salon Trimmers & Curlers.

MAWI PUN ADA
Pagi yang semakin hangat itu, diserikan lagi dengan kehadiran Mawi yang merupakan peserta pilihan untuk cabaran ini. Terbukti semangat kesukanan Mawi, beliau yang digandingkan dengan Fara fauzana tidak memerlukan masa yang lama untuk menumpaskan Erra Fazira dan Faizal. Dengan hanya dua set, 21-16 dan 21-20, Fara merasakan sedikitkan sebanyak telah tertebus kekalahan yang dialaminya. Kesanggupan Mawi untuk turun padang bersama dengan team HOT FM amatlah dipuji memandangkan kepadatan jadual padat beliau.

Perlawanan yang penuh dengan aksi lucu itu telah membawa Jailani Sidek, bekas pemain negara dan juga jurulatih Nusa Mahsuri sebagai pengadil. Beliau yang nampak serius pada awalnya juga tidak terlepas dari gelak ketawa melhatkan aksi ketiga pasukan ini.

Huhu, kesian Fara kena gunting rambut.

Majlis tersebut diakhiri dengan upacara penyampai medal dan trofi di Dewan Serbaguna, Sri Pentas  pada jam 10.30 pagi.

[tags]gambar ally iskandar, fara fauzana main badminton, how to play badminton, sahibba, tennis, gaun, cabaran badminton hot fm, jailani sidek, mawi ekin, gambar dinas sanding[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

P. Ramlee The Musical @ Esplanade & Istana Budaya

Gambar Imran Ajmain di Sidang Media Minggu Setiausaha Crown Plaza