in , ,

Gambar Imran Ajmain di Sidang Media Minggu Setiausaha Crown Plaza

Pada 21 Mac 2008, 3.30 petang di Hotel Crown Plaza Mutiara Kuala Lumpur telah berlangsung satu sidang media Minggu Setiausausaha LUNCH EXTRAVAGANZA 2008.

Menggabungkan 3 bintang ternama daripada 3 buah negara iaitu Marcell dari Indonesia, Dayang Nurfaizah dari Malaysia dan Imran Ajmain dari Singapura, persembahan selama 3 jam itu akan diadakan pada 24 April 2008 di Crown Plaza Mutiara jam 12 tengahari hingga 3 petang. Tiket berharga RM420, RM368 dan RM315 boleh ditempah dengan menghubungi Zira 013 2054191.

Imran Ajmain, Dayang, Marcell

Budiey sempat merakam gambar ketiga-tiga penyanyi terkenal itu. Budiey akan siarkan secara berperingkat-peringkat untuk tatapan pembaca semua. Ketika bertemu dengan penyanyi lagu Seribu Tahun ini, banyak sekali cerita dan isu yang dibangkitkan oleh Imran Ajmain kepada media.

Bagi Imran sendiri, inilah kali pertama beliau menyanyi di majlis khusus untuk setiausaha yang mana tidak pernah diadakan di Singapura. Kalau ada pun, orang di Singapura banyak meraikan ibu dan bapa dalam satu majlis yang sebegitu. Imran amat berbesar hati kerana dapat berkongsi pentas bersama Marcell dan Dayang Nurfaizah.

Terima kasih kepada Aszuad kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti untuk membuat liputan untuk majlis sidang media ini. Khabarnya, sekiranya ada kerusi kosong, 2-3 pembaca Sensasi Selebriti akan dijemput melalui peraduan yang akan Budiey siarkan kemudian. Tunggu ya!

Terbaru, Imran Ajmain bersama dengan peminatnya di Singapura akan mengadakan gathering di Singapore Zoological Garden sempena World Harmony Day pada 6 April 2008.

Behind The Scene:

2351023919 43931A81Cb | 4

Gambar: Rakan media dari new media yang lain seperti gua.com.my, mstar online, jomstar dan juga newscelebrity sedang menemubual Imran sejurus selepas sidang media. Budiey akan siarkan berita promo Secretaries Week Lunch Extravaganza 2008 dan temubual bersama Imran pada hari Isnin ini.

2351786174 27517Fef6A | 5
2350956395 8E9076406C | 6
2350981301 4Eb7E4D296 | 7
2351786946 Fc7Eb54E3B | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Ismail & Erra Fazira Menang Cabaran Badminton Hot Fm AM Krew

Gambar Selebriti di Majlis Persandingan Dynas Mokhtar di Putrajaya