in , ,

Muzik Bukan Hanya Persinggahan Buat Faiz Hazni

Mempertaruhkan HANYA PERSINGGAHAN sebagai single sulung beliau, Faiz percaya lagu ini dapat menarik minat penggemar muzik untuk terus mendukung beliau dalam industri hiburan tanah air.

Mula berjinak dalam dunia seni suara sejak di bangku sekolah lagi, Faiz Hazni, anak kelahiran Johor ini memanfaatkan masa yang ada dengan menyanyikan semula lagu-lagu hits untuk tontonan umum di saluran YouTube miliknya disaat negara terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun lalu. Tanpa beliau sedari, video beliau ditonton oleh teraju utama Impact Music & Entertainment, Emma, yang juga merupakan penyanyi rock era 90an.

Faiz Hazni

Dek kerana kelunakkan suara beliau, rakan-rakan rapat Faiz mencadangkan agar beliau menyertai rancangan I Can See Your Voice Malaysia Musim Ketiga. Nasib menyebelahi Faiz apabila beliau berjaya menyertai malah terpilih sebagai penyanyi sebenar oleh Dato’ Nash Dalam episod terakhir rancangan tersebut. Teruja dengan bakat yang dimiliki Faiz, Impact Music & Entertainment bertindak melamar beliau untuk menjadi artis rakaman sekaligus menerima tunjuk ajar secara langsung daripada Emma.

Lagu ini juga mendapat sentuhan istimewa daripada pelbagai pemuzik dari luar dan dalam negara sekaligus menambah keunikannya. Antara yang terlibat dalam pembikinan single ini adalah Emma (Penulis Lirik dari Malaysia), Adi Priyo (Penulis Lirik dari Indonesia) dan Yazri Malik (Komposer dari Singapura).

HANYA PERSINGGAHAN boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital mulai 21 Januari jam 12 tengah malam manakala video lirik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Impact Music pada hari yang sama.

Lirik Lagu Hanya Persinggahan

Setengah mati aku mencintaimu Setengah hati kau balas cintaku Dalam sedar kau lukai rasa ini

Setiaku kau hunus dengan dusta Ternyata aku hanya persinggahan hatimu Di saat engkau perlu dan luka kerananya

Ku rela pergi jauh darimu
Meski perih membalut kalbuku
Mungkin dirimu bukan yang terbaik untuk setiaku

Aku percaya rencana Tuhan terbaik Meski kita tak harus bersama
Kini ku pergi demi bahagiamu

Ku rela pergi jauh darimu
Meski perih membalut kalbuku
Mungkin dirimu bukan yang terbaik untuk setiaku

Ku rela pergi jauh darimu
Meski perih membalut kalbuku
Mungkin dirimu bukan yang terbaik untuk setiaku

Ku rela pergi jauh darimu
Meski perih membalut kalbuku
Mungkin dirimu bukan yang terbaik untuk setiaku

Tanpamu ku rela Tanpamu ku rasa bahagia

Ikuti perkembangan Faiz Hazni di platform media sosial beliau: Instagram: Faiz Hazni (@faizhazni)
YouTube: Faiz Hazni – YouTube
Twitter: Faiz Hazni (@faiz_hazni)

TikTok: Faiz Hazni (@faizhazni_)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Setelah Dua Tahun Menanti, Ismail Izzani Akhirnya Lancar Album Pertama 

Fazura Pernah Kena Body Shaming Selepas Kelahiran Anak Pertama