in ,

Fazura Pernah Kena Body Shaming Selepas Kelahiran Anak Pertama

Setelah memiliki seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini mencecah usia setahun tiga bulan, pelakon popular Fazura mengakui sudah bersedia untuk menambah cahaya mata.

Menurut Fazura, sudah ada perancangan ke arah itu dan suami, Fattah Amin juga mahu untuk menambahkan bilangan ahli keluarga mereka.

“Sudah tentu perancangan itu memang ada, tetapi saya baru kuruskan badan. Dahulu semua orang akan tanya bila saya nak kurus. 

“Sejujurkan ketika baru lepas bersalin dulu, memang sudah nak turunkan berat badan. Hanya ibu-ibu yang mempunyai anak sahaja tahu. Sehinggakan saya pernah kena body shaming,”

– Fazura

Fazura berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa majlis An Evening With Fazura & Besties yang berlangsung baru-baru ini.

Ujarnya, meskipun kini sudah mendapat kembali berat badan yang ideal, ia tidak menghalang dirinya untuk menambah cahaya mata.

“Insya-Allah, semua akan diusahakan dan harap dipermudahkan. Fattah pun tak kisah apabila saya nyatakan perancangan ini dan dia bersedia jika saya bersedia,”

– Fazura

Dalam pada itu, mengenai acara yang berlangsung pula, Fazura berkata ia bertujuan untuk meraikan kejayaan stokis dan ejen produk yang digelarkankan sebagai ‘Besties’.

“Majlis keraian ini adalah satu penghargaan untuk Besties saya semua sepanjang pembabitan saya dalam bidang keusahawan ini dan kerana itulah saya memilih slogan ‘Milik Semua’ kerana saya mahu ramai orang menikmati rangkaian produk saya dengan harga mampu milik yang sesuai untuk semua.” 

“Saya bersyukur dan berbangga dengan kejayaan Besties yang sama-sama mendukung rangkaian produk yang diasaskan seperti hijab Tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare, produk kecantikan, Fazura Beauty, serta rangkaian fesyen dan akesesori, Fazbulous.

– Fazura

“Besties ini mampu menjana pendapatan bulanan yang lumayan dan alhamdulillah, lebih 4,000 orang ejen dan dropship berdaftar dibawah syarikat. Ini memupuk lagi semangat saya untuk bergerak bersama lebih ramai lagi mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan serta yang menghadapi pelbagai cabaran kewangan ketika pandemik COVID-19 ini,”

– Fazura

Menurutnya, antara produk yang paling laris adalah Tudung Fazura yang pernah mencapai rekod jualan tertinggi untuk satu koleksi sebanyak 200,000 helai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Bukan Hanya Persinggahan Buat Faiz Hazni

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan dalam HATI YANG DIKHIANATI