in , ,

Fauziah Latiff & Faiz Hazni Bakal Jayakan Amal Johor Fitrah Kasih Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022 

Setelah hampir dua tahun negara terkesan dengan pandemik COVID-19, Gemilang Events & Marketing Services Sdn Bhd (GEMS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Negeri Johor (PEMADAM) sepakat melancarkan majlis amal Johor Fitrah Kasih – Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022 bagi membantu rumah-rumah kebajikan terpilih di Johor.

Majlis amal ini juga diserikan dengan penampilan istimewa Fauziah Latiff, anak seni yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan selama lebih tiga puluh tahun. Peminat Fauziah Latiff pastinya masih mengingati kehangatan lagu Setia Kukorbankan yang telah menjadi juara carta radio hampir seluruh Malaysia pada ketika itu. 

Kehangatan yang sama akan berulang di majlis amal yang bakal mengamit kenangan peminat Fauziah Latiff yang pastinya merindukan kelunakan suara penyanyi ini secara langsung. 

Fauziah Latiff & Faiz Hazni Bakal Jayakan Amal Johor Fitrah Kasih Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022

Selain daripada Fauziah Latiff, majlis amal ini turut dimeriahkan dengan kemunculan pendatang baru Faiz Hazni yang juga akan menyanyikan lagu tema Fitrah Kasih. Majlis ini juga diacarakan oleh juruhebah dari radio Best FM, Fiezah Rahman, yang dikenali ramai menerusi segmen Best Hits. 

Tidak hanya menumpukan kepada elemen hiburan, Majlis Amal Johor Fitrah Kasih : Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022 turut mengetengahkan aktiviti keagamaan di bawah pimpinan Dai Azam Al-Kankari seperti Tadarus Al-Quran, Tazkirah and Solat Sunat Tarawih. 

“Masyarakat merupakan tunggak utama kepada sesuatu perniagaan. Tanpa masyarakat, sesebuah perniagaan mustahil untuk berkembang pesat. Justeru itu, GEMS bersama rakan- rakan korporat dan individu yang berkemampuan, telah mengambil initiatif khusus bagi memberi bantuan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Ia juga sebagai tanda penghargaan dan timbal balik kepada masyarakat yang berperanan sebagai pelanggan selama ini, dengan cara berbahagi-bahagi rezeki sesama insan” kata Luthfi Rahman, Pengarah Eksekutif Gemilang Events & Marketing Services Sdn Bhd selaku penganjur Majlis Amal Johor Fitrah Kasih – Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022. 

GEMS akan menyalurkan 50% daripada jumlah keseluruhan jualan pakej untuk majlis amal Johor Fitrah Kasih – Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022 kepada rumah kebajikan terpilih yang memerlukan. 

Jualan pakej untuk Majlis Amal Johor Fitrah Kasih : Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022 akan mula dijual pada Februari ini dengan harga meja bermula RM 8,000, RM 10,000, RM 15,000 dan RM 25,000.

Untuk tempahan pakej dan sebarang maklumat lanjut, peminat tegar Fauziah Latiff, Faiz Hazni, Fiezah Rahman serta Dai Azam Al-Kankari boleh layari laman Facebook Page : Johor Fitrah Kasih. 

Majlis Amal Johor Fitrah Kasih : Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022 ini diharapkan dapat membantu rumah-rumah kebajikan yang memerlukan di Negeri Johor. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Hebat dari Indonesia, BEN & JODY Bakal Ditayangkan di Malaysia

tony fernandes airasia-2020

Kerjasama Airasia & Lembaga Pelancongan Singapura Pacu Industri Pelancongan