in , ,

Setelah Dua Tahun Menanti, Ismail Izzani Akhirnya Lancar Album Pertama 

Selepas penantian selama dua tahun, Ismail Izzani kembali dengan lagu terbarunya, Apekonak beserta album yang berjudul Ismail Izzani.

Album ini melambangkan perjalanannya sebagai seorang anak seni yang diluahkan dalam sepuluh buah lagu. 

Antara lagunya adalah Kembalikan, 1000, Kamu, Radio, Mini Love ft Firdaus Rahmat, Another One ft Devano, Kekal Ada ft Adzrin, Contact ft Izhar & Quai, Luka dan Apekonak yang menampilkan karya komposer tempatan, termasuk Ismail Izzani sendiri dan dari Indonesia, penyanyi serta pelakon Devano Danendra (senarai penuh kredit di lampiran). 

Apekonak mengisahkan tentang sifat segelintir golongan muda yang sentiasa inginkan lebih dan tidak pernah cukup akan sesuatu atau yang dimilikinya. Kembalikan mengisahkan tentang seseorang yang kehilangan orang yang tersayang dan mengharapkan seseorang itu kembali padanya manakala Another One, ialah tentang seseorang yang pergi dan menemui belahan jiwanya yang baru. 

ISMAIL IZZANI

1000 pula didedikasikan kepada kakaknya yang menjalinkan cinta bersama suaminya selama 15 tahun sekaligus melambangkan cinta jarak jauh yang termeterai sehingga dikurniakan seorang cahaya mata. Kamu dan Radio pula menggambarkan tentang kehilangan seseorang dan pada akhirnya ia tetap menyokong setiap perkara yang si dia lakukan demi kebahagian walaupun tidak memiliki dirinya. 

Mini Love pula memberikan perasaan bahagia apabila bersama dengan seseorang yang kita sayangi. Selain itu, Kekal Ada mengisahkan tentang seseorang yang amat mencintai dan mengimpikan sebuah perkahwinan dengan pasangannya. 

Seterusnya Contact merupakan sebuah lagu yang rancak serta menggambarkan kerinduan seseorang terhadap pasangannya lalu menggunakan telefon bimbit sebagai pengantara bagi mengubati kerinduan tersebut. Luka merupakan lagu terakhir dalam album sulung ini yang lebih eksperimental dan berbeza berbanding lagu-lagu lain. 

Istimewa untuk peminat-peminat Ismail Izzani dan pencinta muzik pop Malaysia, lagu Apekonak dan track yang lain boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain bermula 21 Januari 2022 ini.

Manakala musik video Apekonak akan dilancarkan pada tarikh yang sama di saluran Youtube World Peace Entertainment pada 8.00 malam. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZIHA SALLEH

Tidak Tergugat Dengan Artis BBNU, Ziha Salleh Tampil Dengan Lagu Bergenre Pop Tradisional

Muzik Bukan Hanya Persinggahan Buat Faiz Hazni