in

Fairy Tale Under Starlight

Cubaan Dan Dugaan Dalam Drama Bersiri Mengisi Slot Golden Phoenix Di TV2

Empat orang yang pada asalnya tidak ada apa-apa kaitan dengan satu sama lain, akhirnya bertemu dan berkenalan. Setiap pekerjaan, kehidupan, percintaan, dan masa depan mereka, saling berkait rapat sehingga menjadikan impian mereka lebih cemerlang selepas mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan.

Kisah ini di angkat malatari drama terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot Golden Pheonix yang membawakan drama bersiri Mandarin, 22 episod bertajuk Fairy Tale Under Starlight mulai 20 Jun, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang di TV2 kepada peminat setia salurannya.

Drama rantaian lakonan Baron Chen, Megan Lai, Lego Li, Tanaka Chie, Luo Bei An, Jatfei Wong, Wang Cai Hua dan Bai Yun ini mengisahkan babak menarik di mana demi menyelamatkan perniagaan karaoke keluarga “Tian Mi Mi” yang telah mengalami masalah kewangan, seorang jurusolek pengantin, Yu You Tong terpaksa menanggung hutang-hutang kad kredit.

Dalam diam dia juga telah jatuh cinta kepada seorang bintang pujaan, Fang Zi Hao. Dalam usaha untuk mendapatkan Zi Hao, You Tong telah melakukan perkara-perkara yang lucu sehingga mengakibatkan Sun Fan, seorang pelagak ngeri filem yang bermimpi menjadi seorang bintang filem pada satu hari bernasib malang.

Sun Fan menyangka Zi Hao berniat untuk merebut teman wanitanya, seorang model yang bernama Xing Ye Zhen, yang ingin menceburi bidang hiburan. Disebabkan itu, Sun Fan memukul Fang Zi Hao.

Yu You Tong ingin menggunakan kuasa netizens (internet) untuk menghukum Sun Fan yang berani menggunakan keganasan terhadap idolanya. Bagaimanapun, keputusan di luar jangkaan: Netizens dan para media berasa kagum terhadap seni mempertahan diri yang dimiliki Sun Fan. Ini telah mengharumkan nama Sun Fan dan mengancam status Zi Hao.

Pada ketika ini, Fang Zi Hao cuba untuk mendapatkan Xing Ye Zhen. Ye Zhen pula ingin menggunakan skandal ini sebagai jalan pintasnya ke dalam bidang lakonan. Sun Fan seperti seekor udang yang bertempur dengan seekor ikan paus, bertungkus lumus mencuba untuk melindungi cintanya. You Tong pula berhasrat untuk mempertahankan idolanya, Fang Zi Hao, sehingga ke akhir hayat.

Adegan dalam Fairy Tale Under Starlight

Babak menarik dalam Fairy Tale Under Starlight

Pelakon utama Fairy Tale Under Starlight

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Falling Skies

Kartina Aziz Mahu Menantu Jadi Chef