in ,

Kartina Aziz Mahu Menantu Jadi Chef

Kartina Aziz Mahu Menantu Jadi Chef Menerusi Slot Citra Di TV2

Bila diri sudah mahu menerima kehadiran orang baru pasti berasa cukup teruja apatah lagi menyambut menantu perempuan yang cantik jelita. Bukan main lagi Kartina Aziz bila dapat tahu anaknya mahu berkahwin dengan seorang anak tukang masak terkenal.

Begitulah telatah Cik Semah lakonan Kartina Aziz menerusi drama Menantu Cik Semah yang bakal ditayangkan pada 24 Jun, Jumaat ini, jam 10.00 malam di TV2. Kemunculan semula dramatis jelita Betty Benafe digandingkan dengan barisan bintang hebat antaranya Jason Chong, Redzuan Hashim dan Wenny Chan sebagai Janet.

Drama ini mengisahkan Cik Semah seorang janda yang sedang mengusahakan sebuah perniagaan katering dan mempunyai restoran masakan asam pedas. Dia dibantu oleh menantunya seorang Chef masakan bernama Fairuz Wong yang baru sahaja memeluk Islam.

Cik Semah terkenal dengan sikap cerewet ditambah pula dengan mulutnya yang becok. Walaubagaimanapun, Cik Semah beruntung kerana perniagaan masakannya dibantu oleh anak-anak dan menantunya yang sudah menjadi perniagaan keluarga.

Cik Semah sudah lama menginginkan menantu perempuan yang pandai memasak. Ini kerana dia mahu perniagaannya diterajui oleh orang perempuan selain menggantikan tempatnya kelak. Cik Semah berangan-anagan mahu menjodohkan anaknya Fadly dengan anak Chef Panglima yang terkenal itu.

Bagaimanapun, Fadly sudah mempunyai gadis pilihan hatinya, seorang gadis cina berketurunan baba dan nyonya bernama Janet.

Fadly tetap berkeras mahu mengahwini Janet dan bagi menyempurnakan keinginan anak lelakinya, Cik Semah mengenakan syarat kepada bakal menantunya. Sesiapa yang mahu menjadi menantunya harus pandai memasak terutama masakan asam pedas dan sambal belacan yang kena dengan seleranya.

Denagn tidak beralah, Janet terpaksa belajar memasak dan berguru dengan neneknya di Melaka untuk memasak asam pedas istimewa khas buat bakal mentuanya Cik Semah.

Berjayakah Janet menghasilkan masakan asam pedas ? Adakah Janet menjadi menantu pilihan Cik Semah ? Saksikan telatah mereka dalam Menantu Cik Semah, 24 Jun 2011, Jumaat jam 10.00 malam menerusi slit CITRA hanya di TV2.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fairy Tale Under Starlight

RTM Siar 2 Drama Kenang Arwah Faizal Yusof