in

Fahrin Ahmad Teruja Raikan Pemenang Ke Brazil

Slogan terbaik dari peminat fanatik bola sepak Krishna Kumar akan membawa beliau dan adiknya menikmati pengalaman sekali seumur hidup dengan percutian yang ditanggung sepenuhnya untuk menyaksikan pasukan bola sepak kebangsaan Brazil beraksi secara langsung!

Pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Tesco Mutiara Damansara Jumaat lalu, para pengunjung yang teruja memenuhi pintu masuk hadapan Tesco untuk menyaksikan Fahrin Ahmad, seorang personaliti terkenal yang juga merupakan peminat pisau cukur Brazil Gillette®, bersama wakil Tesco Malaysia, Krishna Kumar, menyampaikan dua tiket percutian ke Brazil kepada pemenang peraduan eksklusif Gillette® “Are You A True Brazil Fan?”.

IMG_6157

Dalam peraduan “Are You A True Brazil Fan?”, para peminat bola sepak berpeluang memenangi percutian sekali seumur hidup yang ditanggung sepenuhnya ke Brazil untuk 2 orang dengan hanya membeli Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad Gillette® (MACH3 atau ProGlide) melalui e-kedai Tesco atau di mana-mana cawangan Tesco berhampiran dan menghantar penyertaan mereka secara online di www.tesco.com.my/eShop/Gillette bersama slogan, dari 1 April hingga 15 Mei 2014.

Krishna Kumar, 36 tahun dari Cheras, Kuala Lumpur, menghasilkan slogan kemenangan:

“I want to fly to Brazil with Gillette® because a Gillette® a day “shaves” my troubles away; watching world-class legends play makes my heart scream “Olé! Olé! Olé!” (“Saya ingin terbang ke Brazil bersama Gillette® kerana bercukur menggunakan Gillette® setiap hari menghilangkan segala masalah yang dihadapi; menonton lagenda bola sepak bertaraf dunia beraksi membuatkan hati saya menjerit “Olé! Olé! Olé!”)

IMG_6155

“Ia sememangnya mimpi yang menjadi kenyataan. Saya tidak sabar untuk membawa adik saya, Sathia Seelan, yang juga peminat setia Brazil menikmati percutian 5 malam/6 hari ke Brazil pada minggu pertama bulan Jun!” katanya. Di Brazil, Kumar dan adiknya akan dibawa bersiar-siar ke bandar terbesar di Brazil iaitu São Paulo dengan perancangan yang merangkumi lawatan ke Muzium Bola Sepak dan acara utama percutian tersebut – perlawanan persahabatan di antara Brazil dan Serbia di tanah air mereka sendiri.”

Di majlis penyampaian hadiah tersebut, jurucakap Gillette® Brazil, Fahrin Ahmad juga telah mengajak pelanggan Tesco bermain permainan sepakan penalti di kawasan roadshow mini Gillette® Brazil di dalam pusat membeli-belah tersebut. 5 pelanggan berjaya menjaringkan penalti dan membawa pulang koleksi cenderahati bola sepak mini edisi terhad yang bernilai RM45.50 dari Gillette®.

Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan koleksi cenderahati bola sepak mini itu boleh mengunjungi Tesco Ampang, Mutiara Damansara dan Klang, membeli produk-produk P&G bernilai RM30 (Gillette®, Pantene, Head & Shoulders, Oral B) termasuklah Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad ProGlide atau MACH3 dan menjaringkan sepakan penalti di kawasan roadshow mini Gillette® Brazil. Pelanggan yang membelanjakan RM60 dan ke atas serta menjaringkan 2 daripada 5 gol layak memenangi set lengkap koleksi cenderahati bola sepak mini daripada Gillette®.

Di peringkat global, bersempena dengan pelancaran pisau cukur Brazil edisi terhad ini, Gillette telah bekerjasama dengan salah seorang pemain bola sepak yang paling berjaya dan dihormati di dunia iaitu Lionel “Leo” Messi untuk melancarkan kempen ‘Inner Steel’. Dengan mempamerkan minat dan kekuatan minda tiada tandingan yang diperlukan oleh pemain dan peminat untuk membawa pasukan masing-masing menuju kejayaan dan membuktikan minat yang mendalam terhadap sukan tersebut, Messi membintangi sebuah siri video yang mendokumentasikan minat terhadap bola sepak di seluruh dunia. Gillette mendefinisikan ‘Inner Steel’ sebagai kekuatan mental, kecekalan dan kesungguhan untuk menang. Ia adalah keberanian untuk melangkah lebih jauh bagi melakukan yang terbaik, yang bertepatan dengan sejarah jenama ini dan telah memberi inspirasi buat inovasi yang mengubah hala tuju, menerajui kehebatan produk dan kejayaannya yang berterusan.

Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad yang baru ini boleh didapati dalam ProGlide dan MACH3:

• Gillette MACH3 asli meneruskan legasi yang memberikan cukuran licin. Teknologi 3 bilah dan Comfort Guard dengan 5 Microfin memastikan cukuran yang licin dan selesa – pilihan yang dipercayai untuk memberikan permulaan hari yang baik kepada para lelaki

• Pisau Cukur Manual Gillette® Fusion® ProGlide™ adalah pisau cukur yang paling canggih dari Gillette. Bilah yang lebih nipis dan halus* dengan salutan rendah rintangan meluncur lancar melalui bulu untuk mengurangkan tarikan dan regangan**, memberikan keselesaan yang menakjubkan walaupun bagi mereka yang bercukur setiap hari

Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad Gillette® kini boleh didapati di cawangan runcit utama di seluruh negara untuk tempoh yang terhad sahaja.

Harga Jualan Yang Dicadangkan
Gillette Brazil Proglide – RM30.90
Gillette Brazil MACH3 – RM13.90

Layari laman Facebook Gillette Malaysia untuk menonton dokumentari ‘Inner Steel’, mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti dalam kedai yang menarik bagi Gillette ‘Inner Steel’ dan mengetahui cara-cara untuk memenangi hadiah-hadiah bertemakan bola sepak yang mesti dimiliki.

IMG_6151

Mengenai Warisan Sukan Gillette
Pada awal 1900, Gillette mempunyai visi untuk melihat nilai dalam mendekatkan jenama ini dengan sukan dan atlet terkemuka. Ini merupakan strategi utama yang membantu syarikat ini berkembang menjadi peneraju dunia dalam kategori pencukur lelaki. Gillette menjadi pilihan ramai di Amerika Syarikat melalui siaran televisyen bersejarah Gillette Cavalcade of Sports. Setelah itu, Gillette telah menambah acara-acara penting di Amerika Syarikat termasuklah kejohanan tinju, perlawanan Bowl ‘football’ antara kolej, Major League Baseball, PGA Tour® dan Kentucky Derby. Gillette menaja acara-acara sukan antarabangsa termasuklah Piala Dunia FIFA, Ragbi, Piala Kriket Gillette dan Formula One. Pada 2002, Gillette mengumumkan perjanjian bagi hak penamaan eksklusif untuk stadium utama bagi juara tiga kali Super Bowl iaitu New England Patriots dari National Football League. Sepanjang pertengahan 2000, jenama ini meneruskan program pemasaran inovatif bersama bintang-bintang sukan antarabangsa di seluruh dunia. Hari ini, Gillette meneruskan tradisi warisan sukannya dengan program pemasaran sukan yang dijalankan di pelbagai rantau di dunia dengan penajaan Sukan Olimpik menjadi inisiatif sukan utamanya buat masa ini. Ketika Sukan Olimpik London 2012, Gillette telah bekerjasama dengan 24 atlet dari seluruh dunia.

Mengenai Procter & Gamble
P&G menyentuh dan mempertingkatkan kehidupan kira-kira 4.4 bilion pengguna di seluruh dunia dengan portfolio jenama-jenamanya yang dipercayai dan berkualiti. Jenama-jenama utama Syarikat ini termasuklah Pampers(R), Tide(R), Ariel(R), Always(R), Whisper(R), Pantene(R), Mach3(R), Bounty(R), Dawn(R), Fairy(R), Gain(R), Charmin(R), Downy(R), Lenor(R), Iams(R), Crest(R), Oral-B(R), Duracell(R), Olay(R), Head & Shoulders(R), Wella(R), Gillette(R), Braun(R), Fusion(R), Ace(R), Febreze(R), dan Ambi Pur(R). Dengan beroperasi di kira-kira 80 buah negara, jenama-jenama P&G boleh didapati di lebih daripada 180 buah negara di seluruh dunia. Layari http://www.pg.com untuk berita terkini dan maklumat lanjut mengenai P&G dan jenama-jenamanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung GALAXY Note 3 Kini Ada Tiga Warna Pilihan Menarik

Samsung Lancar Galaxy S5 Warna Gold & Electric Blue