in ,

Samsung GALAXY Note 3 Kini Ada Tiga Warna Pilihan Menarik

Blogger zaman sekarang tak seperti mana blogger 10 tahun lepas. Dulu-dulu, blogger kena bimbit laptop ke hulu ke hilir untuk kemaskini entri terbaru. Sekarang tidak lagi ya, bila telefon pintar mula dicipta. Segalanya mudah dan ada boleh dicapai di hujung jari je.

Budiey rasa cukup terkesan dengan teknologi ini. Beruntung dilahirkan di zaman ini. Segala benda ada depan mata. Serta merta fenomena telefon pintar telah mengubah gaya hidup Budiey yang sentiasa bergelumang dengan acara events setiap hari.

Keluarkan je S PEN dari GALAXY Note 3, terus ada Air Command, dan Budiey akan pilih Screen Write atau Action Memo untuk terus menulis tanpa perlu nak membuka mana-mana aplikasi. Sangat cepat dan mudah. Ini dah menjimatkan masa dan itulah sebabnya telefon pintar ni sesuai sangat dengan gaya hidup seorang blogger atau pun wartawan.

Dari dulu sampai sekarang, sejak Samsung GALAXY Note pertama dilancarkan iaitu tiga tahun lepas, Budiey antara yang tidak lepaskan peluang untuk menggunakan gajet canggih ini. Apa tidaknya, nama pun note…. jadi, Samsung Galaxy Note 3 pastinya telefon bimbit terbaik untuk Budiey gunakan untuk mengambil nota semasa sesi temubual bersama selebriti. Tak perlu lagi nak guna kertas dan buku nota, kan?

Samsung Galaxy

Contoh yang paling relevan untuk masa sekarang, kita dah ada Samsung GALAXY Note 3 yang sangat mudah dibawa ke mana sahaja. Tak keterlaluan jika Budiey katakan, ia seperti membawa sebuah komputer di dalam poket. Semua ada! Semua lengkap! Perfect!

Anda namakan je, semua kerja boleh dibuat dengan telefon pintar ni. Terima kasih kepada teknologi terbaik dari Samsung yang kini pesat membangun dengan telefon bimbit pintar yang sesuai digunakan untuk semua orang.

Rasanya, jika korang semua sentiasa mengikuti live updates Budiey di platform laman social Budiey.com, korang dah sedia maklum yang Budiey adalah pengguna tegar Samsung GALAXY Note. Terus terang Budiey katakan, ia cukup mudah untuk mengendalikannya.

Sebagai contoh, biasanya Budiey mengunakan GALAXY Note 3 ketika ingin menemubual selebriti. Ada banyak pilihan. Samada Budiey dapat menulis di aplikasi S Note atau Budiey buat rakaman video.

Budiey rasa sangat rugilah jika sesiapa yang ada GALAXY Note 3 tapi tak guna S Pen semaksima yang mungkin. Budiey selalu guna S Pen untuk mencoret isi-isi penting semasa sidang media dan semasa menemubual selebriti.

Menu Air Command Do Galaxy Note 3 - 560X420

Kepada pembaca yang bertanya, apa aplikasi yang wajib yang perlu ada dalam GALAXY Note 3, dari perspektif Budiey sebagai penulis blog, sudah tentu kena ada aplikasi WordPress di mana Budiey akan terus menyiapkan draft entri dengan mudah dan pantas semasa sidang media atau events berlangsung. Selain itu, aplikasi platform social media seperti Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya memang dah jadi aplikasi wajib yang Budiey guna setiap hari.

Mutu gambar dari kamera Note 3 juga tak perlu dipertikaikan lagi. Memang superb! Ramai yang tak percaya, kini Budiey jarang membawa kamera DSLR ke event kerana dengan hanya menggunakan GALAXY Note 3 sudah cukup. Mutu gambar dah cukup terang, dengan warna yang sungguh cerah, tak perlu lagi Budiey nak edit sebab gambar yang diambil dah cukup perfect!

Budiey seakan tertarik apabila Samsung GALAXY Note 3 dilancarkan dengan ciri terbaru yang banyak sekali fungsi berguna selain reka bentuknya yang lebih nipis, lebih ringan dengan skrin yang lebih besar dan binaan kemas bahagian belakang yang bertekstur seperti kulit.

Samsung Galaxy Note 3

Ya, Samsung GALAXY Note 3 nampak lebih kompak dan bergaya! Dari jauh nampak seperti anda membawa sebuah buku nota yang kecil.

Sebab kedua Budiey pilih telafon bimbit ini adalah kerana Samsung GALAXY Note 3 adalah telefon pintar yang boleh disesuaikan dengan Samsung GALAXY Gear yang super cool tu!

Tiga Warna Menarik Mengikut Personaliti Anda

Tambahan pula sekarang ini, selepas warna hitam dan putih, Samsung GALAXY Note 3 boleh didapati dengan warna Pink, Red, Rose Gold Black dan Rose Gold White. Wow! Menarik!

Samsung-Galaxy-Note-3-Red-Rose-Gold-2013-12-02-01

Buat pertama kali, Samsung memperkenalkan Samsung GALAXY Note 3 dengan warna Pink (merah jambu) dan tak secara langsung menarik minat ramai wanita untuk membelinya. Memang tujuan asalnya Samsung GALAXY Note 3 warna Pink ni disasarkan kepada golongan wanita yang juga dikatakan pengguna terbanyak Galaxy Note.

Samsung Galaxy Note 3

Seperti mana yang anda tahu, warna Pink sememangnya berimej feminin, memang sesuai dengan imej seorang wanita. Tapi Budiey lihat, ramai je lelaki pilih warna Pink. Tak kisahlah. Asalkan anda puas hati.

Budiey Samsung Advertorial

Namun, dalam banyak-banyak pilihan warna yang dikeluarkan, Budiey telah memilih warna Red (merah) kerana bagi Budiey, warna merah sangat sesuai dengan personaliti Budiey. Merah menyerlah. Merah melambangkan jiwa yang berani, diri yang yakin, sentiasa positif dan ia nampak menyerlah, betul tak?

Jadi, anda di luar sana, Budiey nasihatkan jika mahu dapatkan Samsung GALAXY Note 3, bolehlah memilih warna yang sesuai dengan personaliti dan imej atau pun penampilan fesyen korang di luar. Jadi, tak salah jika lelaki nak pilih warna Pink pun. Asalkan ia serasi dengan jiwa dan kegemaran anda.

Jika tanya pada Budiey, fesyen gaya smart kasual sekarang ini dah jadi trend zaman sekarang. Tak pelah, orang kata tak panas ke pakai baju berlapis-lapis, tapi itulah gaya Smart Kasual. Dan Samsung GALAXY Note 3 menjadi pelengkap kepada gaya ni.

Budiey Samsung Advertorial

Fungsi S Pen & Action Memo Yang Gempak

Bagi Budiey, jenama Samsung adalah raja yang menawarkan banyak ciri-ciri yang unik dan gempak untuk telefon mereka, dan Samsung GALAXY Note 3 adalah tidak terkecuali.

Sebenarnya, Action Memo adalah sama je dengan S Memo, tetapi ia bertujuan untuk nota yang lebih cepat di mana anda boleh bertindak bila-bila masa. Untuk memulakan Action Memo, hanya arahkan S Pen ke atas skrin dan tekan butang.

Samsung-Galaxy-Note-3-Action-Memo

Apabila S Pen disentuh pada skrin dan butang ditekan, satu menu Air Command dengan pilihan lima tugasan khas dipaparkan yang membolehkan pengguna menulis nombor telefon atau alamat untuk membuat panggilan, disimpan dalam telefon, menghantar e-mel atau mencari pada peta; membulatkan maklumat untuk disimpan atau melukis kotak untuk membuka aplikasi tertentu. S Note juga dikemaskini dan lebih intuitif dan senang disusun selain lebih mudah untuk menulis maklumat.

Budiey Samsung Advertorial

Tugasan itu ialah S Finder, Action Memo, Scrap Booker, Screen Write dan Pen Window. S Finder memudahkan anda mencari semula nota, aplikasi, lakaran, emel ataupun gambar yang disimpan di dalam Samsung GALAXY Note 3. Ia berfungsi seperti pencari fail yang ada pada PC ataupun Mac anda. S Finder juga boleh dilancarkan dengan menekan butang menu kapasitif selama beberapa saat.

Dari segi ciri-ciri yang wajib digunakan jika anda beli Samsung GALAXY Note 3 ialah Action Memo. Fungsi ini membenarkan pengguna menaip nota, menjadikan pen sebagai butang kawalan dan menukar tulisan tangan ke teks. Di samping itu, ia boleh membuat panggilan apabila butangnya ditekan di samping carian peta, melayari web dan sebagainya.

Pengalaman menggunakan ciri Action Memo memang menarik kerana fungsi S Pen yang diperkasa dan mampu melengkapkan segala kerja kita. Kalau nak tahu, fungsi S Pen untuk Samsung GALAXY Note 3 dipertingkatkan dengan lebih banyak fungsi, bukan setakat menulis atau melukis sahaja. Contohnya, kita boleh menyimpan nombor ke dalam telefon atau melancarkan aplikasi Google Maps untuk mendapatkan cara untuk ke nama tempat yang ditulis. Mudah, kan?

Ciri-Ciri Lain Yang Hebat

Saiz skrin Samsung GALAXY Note 3 iaitu 5.7 inci HD penuh Super AMOLED memaparkan skrin yang cantik dan sudut pandangan lebih jelas. Ianya senipis 8.3mm meskipun saiznya dibesarkan. Muat dalam poket. Selesa dipegang atau digenggam. Beratnya pun 168g saja yang langsung tidak membebankan pengguna. Note 3 juga mempunyai multiwindow yang lebih baik di mana aplikasi sama boleh dibuka dalam dua tetingkap berasingan.

Penambahbaikan lain termasuk peningkatan kuasa bateri kepada 3200 mAh supaya Note 3 tahan lebih lama. Contohnya, video boleh dimain empat jam lebih lama, iaitu peningkatan kira-kira 40 peratus.

Setiap dari anda pasti menggunakan ciri yang wajib ini iaitu kamera. Untuk Samsung GALAXY Note 3, ia dilengkapkan dengan spesifikasi kamera lebih baik. Resolusinya ditetapkan pada 13 megapiksel tetapi apa menariknya kali ini bersama kamera tersebut ialah penstabil imej pintar dan flash LED jenis CRI yang lebih peka beroperasi. Bagi Budiey, kualiti kamera kali ini mungkin 20% lebih hebat berbanding Samsung Galaxy Note 2.

Samsung Galaxy Note juga diperkemaskan lagi dengan spefikasi pemproses dan RAM yang tinggi iaitu sebanyak 3GB. Wow! Buat pertama kali telefon pintar menggunakan jumlah kapasiti RAM sebanyak ini. Apa fungsinya? Sudah tentu untuk memastikan peranti ini berfungsi dengan amat lancar tanpa sebarang gangguan. Yang penting, senanglah nak buat kerja ‘multitasking’ atau pelbagai kerja pada satu masa. Patutlah Samsung Galaxy Note laju dan tak ‘hang’.

Wah, Samsung GALAXY Note 3 dilengkapkan dengan LTE dan Budiey dapat melayari blog dan laman social dengan laju sekali. Fungsi ini sangat perlu tambahan lagi apabila Budiey menonton video di Youtube. Fuh, laju berdesum dengan fungsi LTE 4G.

Scrapbook pula membolehkan pengguna mengesan kandungan dari pelbagai sumber termasuk web, YouTube dan Gallery pada satu masa dan disimpan dalam satu fail jika pengguna mahu melihatnya kembali. Screen Write membolehkan salinan imej penuh pada laman yang sedang anda lihat di telefon dan anda boleh menambah komen atau maklumat dalam laman tersebut. Pen stylus juga membolehkan anda melukis seakan satu kotak meskipun anda sedang melakukan kerja lain sebelum memasukkan apa saja kandungan dalam kotak tersebut seperti YouTube, kalkulator atau web.

Samsung KNOX. Sistem keselamatan baru yang melindungi tahap privasi dan keselamatan yang membolehkan pengguna menyimpan maklumat dalam telefon secara automatik. Find My Mobile yang dikemaskini. Jika telefon anda dicuri, apa yang perlu dilakukan hanyalah melayari laman web sebelum memadamkan data.

Tawaran Istimewa Untuk Setiap Pembelian Pink GALAXY Note 3

Untuk setiap pembelian Samsung GALAXY Note 3 berwarna Pink, anda akan mendapat voucher bernilai RM100 Sereni & Shentel sementara stok masih ada. Sereni & Shentel merupakan jenama produk premium handmade hair bands.

Tidak perlu Budiey cerita dengan lebih terperinci tentang Samsung GALAXY Note 3 kerana kalau anda tanya telefon apa yang relevan buat masa ini… sudah tentu jawapannya Samsung GALAXY Note 3!

Budiey Samsung Advertorial

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Selebriti Popular di Mega Bazaar 2014

Fahrin Ahmad Teruja Raikan Pemenang Ke Brazil