in ,

Travelog PELIKNYA NAMA Siri 2

Apabila mendengar nama tempat seperti kampung Bobot, Apin Apin, Buang Sayang, Cinta Mata, dan kampung Bundu Tuhan apakah yang terlintas di fikiran anda? Uniknya nama kampung tersebut. Di manakah letaknya lokasinya? Bagaimana asal usul kampung tersebut diberi nama?

Pengembaraan dua sahabat dari semenanjung menjejak asal usul 13 kampung yang unik di Sabah ini bakal menjawab persoalan anda dalam program terbaharu, PELIKNYA NAMA musim kedua yang bersiaran mulai 2 Januari ini, setiap Rabu, pukul 10.00 malam di TV1.  

Travelog 13 episodyang sebelum ini menjelajah seluruh Malaysia kali ini memberi fokus sepenuhnya negeri Sabah. Ia melibatkan kampung-kampung di Tuaran, Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Ranau, Keningau, Papar, Beaufort dan Sipitang termasuk episod permulaan yang dijalankan di Kota Kinabalu.

Peliknya Nama … Sabah

Lokasi Bundu Tuhan, Buang Sayang, Cinta Mata Dalam Travelog PELIKNYA NAMA Siri 2 Jelajah Seluruh Sabah di TV1 

Mengekalkan hos dua orang artis terkenal, MK Muthu Kumaran dan Kelvin Lau membawa penonton untuk menjejaki nama-nama kampung di Sabah yang dirasakan pelik dan unik pada pendengaran masyarakat masyarakat negara ini.

Menariknya turut diisikan dengan maklumat ringkas pekan-pekan berhampiran kampung yang dipilih untuk dikunjungi oleh hos, serta tempat-tempat yang menarik untuk dilawati oleh pelancong, serta produk tempatan yang dihasilkan di situ.

Program ini menonjolkan perbezaan kerana memperlihatkan kehidupan masyarakat Malaysia secara jujur melalui bahasa sinematografi, apabila hos program turun mengalami sendiri kehidupan masyarakat bumiputera di Sabah. Tambahan pula penggunaan bahasa sukuan di tempat yang mereka kunjungi turut diselitkan bagi mewarnai keunikan program ini. 

Begitu juga keramahan masyarakat Sabah dan kepelbagaian etnik serta identiti adalah suatu khazanah yang sukar didapati di tempat lain.

Ketahui dengan lanjut tentang asal usul, keunikan dan tempat-tempat menarik di Tuaran, Sabah yang menemubual Encik Marsah Muyong (Ketua Anak Negeri Daerah Tuaran) dalam rancangan ini. 

Melihat Matahari Terbenam Di Kudat

Antara lokasi yang turut dilawati termasuklah Borneo Cultural Village di Papar, Kampung Bobot di Kota Belud, Kampung Apin Apin di Keningau, menaiki cruise melihat Proboscis Monkey dan kelip-kelip di Weston Beaufort, dan kampung Batu Sayang di Papar.

Destinasi yang menjadi sebutan juga melibatkan Kampung Cinta Mata di Ranau, Kundasang, dan Simpang Mengayau tempat riadah manik dibuat di rumah panjang juga Linangkit Cultural Village di Tuaran. Turut didedahkan tentang sesuatu yang kurang diketahui umum tentang masyarakat dan kebudayaan penduduk setempat di Kampung Bundu Tuhan juga di Ranau.

Episod Di Ranau

 Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Episod Di Kota Belud
Episod Di Keningau
Episod Di Keningau Sabah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Estranged Lancar Single & Video Muzik MILIKKU

Siti Sarah Ada Alasan Singkir Shuib