in , ,

TV3 Jual Tiket ANUGERAH JUARA LAGU 33 Serendah RM25

Kita dah pun tiba di bulan Januari 2019, bermakna tinggal sebulan sahaja lagi Anugerah Juara Lagu 33 bakal berlangsung! Budiey percaya, ramai di kalangan pembaca yang mahu hadir dan tercari-cari serta tertanya-tanya macamana nak dapatkan tiket! Nah! Ini ada satu berita baik untuk korang semua!

Buat julung kalinya pihak produksi Anugerah Juara Lagu menjual tiketnya kepada pihak umum dengan harga serendah RM25. Anugerah Juara Lagu yang akan bersiaran langsung pada 3 Februari 2019 di Stadium Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu akan memulakan penjualan tiket secara atas talian melalui laman web www.myticket.asia bermula 7 Januari 2019.

Untitled

Simpan RM25 Anda Untuk Anugerah Juara Lagu 33!

“Ini merupakan kali pertama kami menjual tiket AJL kepada peminat. Dengan cara ini, semua peminat AJL33 akan mendapat peluang yang sama dalam mendapatkan tiket Anugerah Juara Lagu 33 secara atas talian.

Oleh itu, kami menyeru kepada semua peminat untuk melayari www.myticket.asia pada 7 Januari 2019 ini dan dapatkan tiket anda segera sebelum tiket habis, kerana harga tiket AJL33 yang amat rendah ini pastinya ia akan habis terjual pada masa yang singkat.

Terutamanya kerana ianya sebuah konsert dimana penyanyi-penyanyi popular masa kini berentap sesama mereka, harga tiket ini amat rendah jika dibandingkan dengan harga tiket konsert-konsert yang lain.”

– Pengurus Hiburan Primeworks Studio, Encik Muhammad Sufian Che Isa

Anugerah Juara Lagu 33 mempunyai tiga jenis tiket dengan tiga harga berbeza iaitu Aras 4 (RM25), Aras 3 (RM35), dan Arena (RM55).  Pautan penjualan tiket ini akan dibuka bermula pada 7 Januari 2019 hingga 2 Februari 2019.

SFMM33

Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Juara Lagu 33, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia.

Gunakan tanda pagar #ajl33 di laman media sosial anda untuk menghangatkan perbualan di medan digital.

SFMM33

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

E! Siar Red Carpet Anugerah Golden Globe Ke-76

Estranged Lancar Single & Video Muzik MILIKKU