in , ,

Erra Fazira Janji Sokong Filem Hans Isaac

“No Problem…” Itu kata Erra Fazira.

Baguslah, walaupun dah putus kasih, Erra Fazira yang sekarang ni dah jadi isteri orang nampak begitu profesional sebab menghadirkan dirinya di majlis pra tonton filem Cuci pada 8 Januari lalu di GSC One Utama. Bukan setakat hadir, isteri kepada Engku Imran ini berjanji akan menyertai dan mengikut jadual promosi filem Cuci sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak penerbit.

[pullquote align=”right”]Maka, tak betullah cakap-cakap belakang yang mengatakan Erra Fazira takkan hadir dan tidak mahu menyokong filem pertama terbitan dan arahan bekas kekasihnya, Hans Isaac.[/pullquote]

Sikap macam ni lah yang kita mahu. Takdelah nak turut emosional sangat. Lagi pun bagi Hans Isaac sendiri, Erra sekarang dah jadi milik orang lain dan Hans hormati dia sebagai seorang kawan.

Erra Fazira kelihatan nampak elegan dengan baju hijau ni, tapi kenapa baju dia hampir sama bentuk dengan Umie Aida? Mesti guna khidmat pereka fesyen yang sama. Lihat gambar Umie Aida di sini.

2182412215 31C6E9F446 O | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hajjah Siti Nurhaliza Bertudung di Kolej Lim Kok Wing

Rumahtangga Penyanyi Ramlah Ram Bergolak Lagi?