in , ,

AirAsia X Kembali Hubungkan Sydney ke Kuala Lumpur & Rantau Asean

Terbang terus dari Sydney ke Kuala Lumpur daripada AUD239 atau terbang ke destinasi lain di seluruh Asean dengan rangkaian AirAsia

AirAsia X (AAX) meraikan penyambungan semula perkhidmatannya dari Sydney dan mengalu-alukan ketibaan penerbangan D7220 ke Kuala Lumpur dengan faktor muatan sebanyak 61% semalam. Acara sambutan itu menandakan penyambungan semula perkhidmatan komersialnya secara rasmi dari/ke Australia berikutan pandemik.

F97C5F4E Fa6B 4733 B897 455939B0C2D3 | 4

Perkhidmatan dua kali seminggu itu juga bakal menghubungkan Auckland, New Zealand mulai 7 November tahun ini serta mempunyai rancangan untuk meningkatkan perkhidmatan sedia ada kepada penerbangan harian menjelang suku pertama tahun hadapan bagi memenuhi permintaan kukuh yang semakin meningkat. AirAsia X juga bakal menyambung semula penerbangan terus ke Melbourne dan Perth bermula awal November ini.

Airasia X Kembali Hubungkan Sydney Ke Kuala Lumpur &Amp; Rantau Asean

Sempena meraikan penyambungan semula perkhidmatan itu, AirAsia X menawarkan tambang termasuk semua* bernilai hebat dari Sydney ke Kuala Lumpur atau sambungan ke destinasi lain daripada AUD239 untuk tempat duduk Ekonomi sehala atau tetamu boleh memilih untuk menempah Premium Flatbed daripada AUD899 sehala.

Perkhidmatan baharu dari/ke Sydney itu kini tersedia untuk tempahan melalui ikon ‘Flights’ di airasia Super App atau melalui laman web. Jualan ini adalah sah untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 28 Oktober 2022.

Airasia X Kembali Hubungkan Sydney Ke Kuala Lumpur &Amp; Rantau Asean

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: “Australia merupakan antara pasaran utama kami dan kami berbesar hati untuk kembali menyambung perkhidmatan ke negara itu serta menghubungkan para tetamu antara Sydney dan Kuala Lumpur dengan tambang bernilai hebat. Kami turut teruja untuk mengalu-alukan 230 orang tetamu ke Malaysia dari Sydney dan menghubungkan mereka dengan rangkaian luas AirAsia seperti India, Indonesia dan lain-lain. 

“Kami juga menghargai usaha pihak kerajaan Australia kerana telah mempercepatkan proses visa kepada pelancong untuk mengukuhkan lagi pemulihan industri pelancongan. Kami juga berterima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana telah membuka sempadan negara tanpa sebarang sekatan perjalanan yang akan merangsang pemulihan ekonomi negara.

“Kami akan terus menyemak rangkaian penerbangan sedia ada dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat di beberapa pasaran utama lain dengan penambahan perkhidmatan dalam masa terdekat. Kami berharap penyambungan semula perkhidmatan ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada para tetamu kami, malah akan memacu pemulihan industri pelancongan kedua-dua buah negara secara keseluruhannya.”

Airasia X Kembali Hubungkan Sydney Ke Kuala Lumpur &Amp; Rantau Asean

Pengurus Besar Penerbangan Lapangan Terbang Sydney, Rob Wood berkata: “Kami berbesar hati kerana AirAsia X telah menyambung semula perkhidmatan popular antara Sydney dan Kuala Lumpur di samping kami berusaha untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perjalanan ke seluruh Malaysia.

“Setelah dua tahun mengalami sekatan perjalanan akibat COVID-19, kami pasti perkhidmatan ini bakal mendapat sambutan yang baik oleh para pelancong yang ingin terbang ke antara bandar paling popular di Malaysia dengan tambang bernilai hebat.”

Airasia X Kembali Hubungkan Sydney Ke Kuala Lumpur &Amp; Rantau Asean

Australia kekal sebagai pasaran utama bagi Kumpulan AirAsia X. Thai AirAsia X juga baru-baru ini telah mengumumkan perkhidmatan penerbangan terus baharu antara Bangkok (Suvarnabhumi) dan Melbourne serta Sydney buat pertama kali, mulai 1 dan 2 Disember 2022.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung

Ulasan Selepas Seminggu Budiey Menggunakan Samsung Galaxy Buds2 Pro

Erra Fazira Covid Trending | 12

Engku Emran, Nabila & Erra Hadir Di Majlis Sama, Ramai Sayu Lihat Aleesya