in , ,

ChezKamya Professional; Perkongsian Pintar Erna & Chez Hamdan

Pernah menutup salun miliknya, pendandan rambut terkenal, Chez Hamdan tidak menyangka pertemuan usahawan dan artis, Erna Elliyana Rosli kembali membakar semangat untuk meneruskan kecintaannya yang terbantut dek situasi pandemik COVID-19.

Lalu, wujudlah perkongsian pintar atau ‘smart partnership’ di antara dua usahawan bumiputera berkenaan menerusi kehadiran salun pelbagai tarikan dipanggil ChezKamya Professional berlokasi di Lot A- 1-11, Sentul Point, Jalan Sentul Pasar. 

Salun berkenaan mula beroperasi secara rasmi pada 20 Ogos lalu. Bagaimanapun pelancaran salun itu bertemakan ‘Retro’ berlangsung meriah 9 September lalu. 

_Mg_5467

Chez, 36, atau nama penuhnya, Halimi Hamdan mempunyai pengalamannya lebih 10 tahun di dalam industri kecantikan rambut. 

Manakala Erna, 34, pula merupakan angkatan artis cilik era 1990-an yang semakin dikenali dengan kepelbagaian produk makanan tambahan untuk kecantikan, Kamya Glow. 

“Saya bersyukur pertemuan dengan Erna membuahkan semangat baharu untuk saya kembali membuka salun kecantikan. Ini bukan projek jangka pendek, tapi kerjasama selama-lamanya. Insya-Allah. 

“Baik saya dan Erna juga akan menjual produk kami masing-masing. Bahkan disediakan pusat pembelajaran kepada yang berminat untuk belajar membuat rawatan kecantikan rambut. 

“Di salun ini, kami menawarkan perkhidmatan yang profesional dengan hasil yang cantik dan kacak. Kami juga menawarkan tempat yang eksklusif supaya pelanggan akan berasa gembira apabila berkunjung ke salun kami,”

– Chez
Whatsapp Image 2022-09-07 At 8.54.09 Pm

Dengan keluasan 3,600 kaki persegi, salun ini menyediakan ruang pelanggan yang dilengkapi 15 tempat duduk. 11 di tempat awam atau terbuka. Selain dua di bahagian VIP. Manakala baki dua lagi di ruangan muslimah untuk wanita bertudung. 

Whatsapp Image 2022-09-08 At 1.17.25 Am
Ruang Pelanggan 

Ruang VIP dikhususkan kepada pelanggan yang mahukan privasi, keselesaan dan juga layanan eksklusif kerana pelanggan turut dihidangkan secangkir kopi serta makanan ringan. 

Turut disediakan ialah ruang menunggu yang selesa dan bilik solat. 

Bercerita berkenaan kolaborasi terjalin, Chez berkata ia merupakan kerjasama yang bijak terutama dalam meningkatkan ekonomi kedua-dua belah pihak. 

Whatsapp Image 2022-09-07 At 8.54.07 Pm
Ruang menunggu yang selesa 

“Gandingan antara Kamya dan Chez Professional ini mula terjalin apabila saya mula berkenalan dengan pengasas Kamya Glow iaitu Erna sendiri. 

“Dari situlah timbulnya idea untuk bekerjasama, memandangkan kecantikan dan kesihatan rambut sebenarnya saling berkait rapat. 

“ChezKamya Professional adalah satu jenama salun rambut yang melengkapi iaitu kecantikan dan rambut adalah dari Chez Professional, manakala kesihatan dan kecantikan adalah falsafah milik Kamya,”

– Chez

Antara selebriti yang sering mendapatkan khidmat dandanan rambut daripada Chez seperti Nad Zainal, Norman Hakim, Hairul Azreen, Shiha Zikir dan ramai lagi. 

Bukan sekadar sebuah salun rambut, salun ini merupakan sebuah pusat sehenti yang turut menitikberatkan kecantikan dan kesihatan rambut baik dari segi produk mahupun perkhidmatan yang disediakan. 

Whatsapp Image 2022-09-08 At 1.20.38 Am

Menurut Erna, salun ini turut memperkenalkan 15 rangkaian produk penjagaan rambut. 

“Sesuai dengan pembukaan salun ini, kami di Kamya turut memperkenalkan produk terbaharu iaitu Sugeheir yang merupakan vitamin dalam bentuk kunyah. 

“Produk ini dilengkapi dengan nutrisi untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan lebat,”

– Erna

“Produk lain yang boleh didapati di salun ini ialah Kamya Glow, Lipmatte + Lipgloss (KamyaXBobocinta), Lipbalm Woman, Lipbalm Men, Cleaskyn dan Whiteze. 

“Ia sekali gus selari dengan cogan kata jenama produk saya iaitu #’Cantik itu siapa? Cantik itu kamu,” kata Erna yang sebelum ini pernah menyertai pertandingan nyanyian seperti Sinaran Pasport Kegemilangan 2000, Malaysian Idol 2004, One In A Million 2006 dan berlakon dalam beberapa drama serta filem tempatan. 

Whatsapp Image 2022-09-08 At 1.20.36 Am

Tambah Erna lagi, di salun itu ditawarkan pelbagai perkhidmatan. 

Selain perkhidmatan potong rambut, turut ditawarkan tatarias rambut, ‘relaxing and rebonding’, rawatan Keratin Brazilian, merawat dan memperbaiki struktur rambut, spa rambut dan macam-macam lagi. 

Pelanggan digalakkan untuk terlebih dahulu membuat janji temu dengan pihak ChezKamya Professional dengan menghubungi 03-48104833 bagi mendapatkan sebarang perkhidmatan di sini. Atau maklumat lanjut di Instagram @Chezkamya.professional. 

Whatsapp Image 2022-09-08 At 1.17.27 Am (2)
Ruang pelanggan 

Harga yang ditawarkan di ialah antara RM350 hingga RM700. Waktu operasi setiap hari dari jam 11 pagi ke 9 malam. 

Alamat:
ChezKamya Salon
LOT A-1-11, Sentul Point Jalan Sentul Pasar 51000 Kuala Lumpur 

No tel: 03-48104833 Waktu operasi: Setiap hari 

11am-9pm
Email: [email protected] 

Whatsapp Image 2022-09-06 At 4.03.56 Pm
Vitamin kunyah dari Kamya 

Perkhidmatan di ChezKamya Professional 

• Haircut
• Hair styling
• Relaxing and Rebonding
• Brazillian Keratin Treatment (BKT) • Color (whole head)
• Highlight
• Color + Highlight
(ash / platinum / blonde hair coloring) • Digital Perm
• Repair & Nourish Hair Treatment
– Keratin Treatment 

– Scalp Treatment/Roots Booster Treatment – Hair Spa Treatment
– Apple Mask Treatment (iron infrared)
– Apple Mask Treatment (salon assist) 

Whatsapp Image 2022-09-06 At 4.04.06 Pm

Produk kecantikan Kamya 

1.Kamya Glow
2.Lipmatte + Lipgloss (set) 3.Lipbalm Woman
4. Lipbalm Men
5. Clearskyn
6. Whiteze
7.Sugeheir 

Whatsapp Image 2022-09-08 At 1.17.28 Am (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira Covid Trending | 12

Engku Emran, Nabila & Erra Hadir Di Majlis Sama, Ramai Sayu Lihat Aleesya

Datuk Dr Nazri Khan 

Selebriti Popular Curi Perhatian di Majlis Resepsi Datuk Dr Nazri Khan