in ,

Lama Hilang, Shahir ‘Muncul’ Birthday Party Anak Erra

SELEPAS ‘hilang’ hampir enam bulan, kini wajah tampan penyanyi Shahir Zawawi telah kelihatan pada majlis sambutan hari lahir anak sulung primadona negara, Erra Fazira.

Shahir telah menghilangkan diri selepas tamatnya program AF Megastar pada Oktober lalu akibat terlampau banyak kontroversi yang menimpa dirinya, antaranya ialah isu tunggakan hutang kereta.

shahir

Bukan itu sahaja, media sosial Instagram miliknya juga sudah lama tidak dikemas kini dan saban hari, banyak komen yang ditinggalkan oleh peminatnya yang mahu dia muncul semula di industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, ‘misteri kehilangan’ penyanyi yang berasal dari Kampar, Perak itu akhirnya terjawab selepas dia turut kelihatan pada sambutan majlis hari lahir anak Erra baru-baru ini.

Difahamkan gambar berkenaan merupakan perkongsian daripada rakan baik Erra iaitu Intan Zabidin di akaun Instagram miliknya.

Kelihatan Shahir duduk bersebelahan dengan Erra ketika majlis yang diadakan di sebuah restoran makanan Jepun iaitu Shinnihon di Desa Sri Hartamas, Damansara dekat ibu negara.

Dalam masa yang sama, ramai peminat seakan-akan lega selepas mengetahui penyanyi kegemaran mereka masih lagi menjalinkan hubungan bersama dengan Erra.

Mungkinkah sebenarnya Erra dan Shahir menjalinkan hubungan mesra dalam diam kerana tidak mahu disalah anggap oleh peminat?

Apa pun biarlah perkara itu menjadi rahsia antara mereka berdua sahaja kerana mungkin ada sebab mengapa kedua-duanya membuat keputusan begitu.

Sebelum ini, bekas Miss Malaysia 1992 itu ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu masuk campur dengan isu yang terjadi kepada Shahir sekitar tahun lalu.

Malah, dia juga mahu Shahir sendiri yang menyelesaikan isu berkenaan dan tidak mahu memberi komen panjang berkaitan kenyataan Shahir yang dikatakan mahu meminangnya pada tahun ini.

Hasil perkahwian Erra bersama dengan bekas suami, Engku Emran, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Engku Aleesya, 9.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Huawei Lancar HUAWEI P20 & HUAWEI P20 Pro

Bekas Bintang AF2016 Emy Meninggal Dunia