in , ,

Emma Maembong Umum Kehamilan Kongsi Foto Semasa Berbulan Madu

Pelakon Emma Maembong yang sedang berbulan madu bersama suami di Langkawi, mengesahkan dirinya hamil empat bulan dengan berkongsi berita gembira itu di Instagram. Tahniah Emma dan suami!

Pelakon Emma Maembong yang sedang berbulan madu bersama suami di Langkawi, mengesahkan dirinya hamil empat bulan. Tahniah Emma! Emma yang bernikah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu, berkongsi berita gembira itu di Instagram, kira-kira sejam lalu.

Melalui kapsyen, Emma yang mengandung 4 bulan itu menyatakan bulan madu bersama suami ini dianggap percutian terakhir kerana selepas ini mereka bakal ditemani anak.

Emma Maembong Umum Kehamilan Siar Gambar Ketika Berbulan Madu

Foto dikongsi turut menampakkan ‘baby bump’ pada bahagian perut Emma.

Emma dalam muat naik itu turut berkongsi foto bulan madunya bersama suami, Muhammad Shazli Azhar di sebuah pusat peranginan di Langkawi.

EmmA
Foto dikongsi turut menampakkan ‘baby bump’ pada bahagian perut Emma.

“Bulan madu pertama dan percutian berdua terakhir bersama suami. Tak sabar menanti untuk melihat anda, ‘my baby’,”

– Emma Maembong

Dalam foto romantis itu juga, Emma dan Shazli yang berpakaian serba putih nampak memegang perut Emma yang sudah mula menampakkan saiz kehamilannya.

Muat naik itu menerima hampir 90,000 tanda suka dalam tempoh satu jam selepas dimuat naik serta ribuan komen ucapan tahniah daripada peminat dan pengikutnya di platform media sosial itu.

EmmA
Khabar angin mengenai Emma Maembong sudah berbadan dua akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Berkongsi perasaan dengan BH Online, Emma memberitahu:

“Nikmat indah sejak bergelar isteri saat mendapat berita kehamilan ini.

“Selama ini hanya mendengar cerita begini dalam kalangan adik-beradik dan teman. Kini saya melalui fasa indah ini,”

– Emma Maembong

Menurut Emma, dia mengakui teruja dengan saat dinikmati sekarang.

“Insya-Allah saya tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulung kami.

“Suami juga gembiranya bukan kepalang,”

– Emma Maembong

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Emma dan suaminya serta mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.

Menerusi perkongsian Emma kini sedang bercuti dengan suami dan beberapa rakan selebriti antaranya pelakon Aprena Manrose.

Emma Maembong Umum Kehamilan Siar Gambar Ketika Berbulan Madu

Dalam pada itu, Aprena turut memuat naik video pasangan itu sedang sibuk berkongsi berita gembira mengenai kehamilan itu di laman sosial.

Menurut Aprena, pasangan itu sanggup tidak menjamah makanan demi berkongsi berita itu dengan peminat kesayangan mereka.

“Emma dan Shazli okay busy nak upload untuk beritahu yang dia sudah berbadan dua sampai tak makan untuk peminat kesayangannya. Jadi, dah terjawab soalan anda semua.

“Doakan semuanya berjalan lancar ya. Tahniah anda berdua. Sayang anda berdua,”

– Aprena

Emma dijangka melahirkan anak sulungnya, November depan.

Emma dan Shazli Azhar, 32, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu di Bukit Damansara, Petaling Jaya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Susun Strategi, Sufian Suhaimi Cipta Lagu Semasa PKP

Gambar Samsung Galaxy Note 20 Tertiris, Ada Tiga Kamera Belakang