in ,

Susun Strategi, Sufian Suhaimi Cipta Lagu Semasa PKP

Impak COVID-19 menyebabkan Sufian Suhaimi lebih berhati-hati dalam menyusun strategi baik dalam karier nyanyian mahupun dunia perniagaan.

Sudah menyiapkan beberapa lagu baharu, Sufian lebih suka menunggu masa sesuai untuk melancarkan single termasuk projek merakam album penuh.

“Dengan situasi semasa, saya teragak-agak hendak melancarkan lagu baharu.

“Tunggulah semua kembali okay. Rancangan menyiapkan album penuh tahun ini juga nampaknya tidak kesampaian.

Sufian menunggu masa sesuai untuk melancarkan single terbaharu. Foto IG Sufian Suhaimi

“Tidak mengapa, saya jenis yang tidak mahu terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara. Tak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,”

– Sufian Suhaimi

Sufian juga bersyukur perancangan untuk melabur dalam perniagaan produk dikenali sebagai Zikir Pillow by Baby Pian juga dipermudahkan.

Ayah angkat kepada si comel, Faeq Razeeq ini bersyukur perniagaan yang diusahakan sejak lima bulan lalu memberi manfaat kepada orang lain melalui peluang pekerjaan.

“Kita sedar, tahun ini, ramai terkesan apabila COVID-19 melanda. Saya bersyukur perniagaan ini membuka peluang kepada orang lain dalam meneruskan kelangsungan hidup,”

– Sufian Suhaimi
Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Ahmad Kenal Siapa Kawan, Siapa Lawan Saat Dilanda Kemurungan

Emma Maembong Umum Kehamilan Kongsi Foto Semasa Berbulan Madu