in ,

Elly Mazlein Tidak Menolak Kemungkinan Menyertai Semula Gegar Vaganza 3

Menurut sumber dari Berita Harian pada hari ini, Elly Mazlein, tidak menolak kemungkinan menyertai semula Gegar Vaganza 3 (GV3) jika diberi peluang berbuat demikian menerusi sistem imuniti milik penaja utama program berkenaan, Datuk Seri Vida.

Walaupun pernah mengeluarkan kenyataan beliau takkan bertanding lagi sebaik saja mengambil keputusan untuk menarik diri ketika konsert minggu keempat, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, bersedia menimbang semula pendiriannya demi peminat.

“Perkara ini ada pro dan juga kontra. Hampir 90 peratus mahu saya kembali semula ke GV3 jika diberi peluang, tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan memberi alasan perkara ini membabitkan soal maruah.

“Saya sendiri susah nak cakap kerana banyak hati yang perlu dijaga. Tetapi, kalau diikutkan hati, memang sekarang juga saya nak masuk semula.

“Tengoklah nanti macam mana. Kalau saya masuk balik, pasti akan ada komen negatif dan menghentam keputusan saya ambil itu.

“Tidak mengapa, saya pernah kena teruk sebelum ini. Lebih banyak mereka mengutuk saya, ia makin menguatkan semangat saya untuk menyertai semula GV3,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai Duta Fesyen Neng Geulis.

Hujung minggu lalu, Vida mengumumkan bakal menggunakan imuniti yang diberikan kepadanya untuk membawa masuk peserta yang sudah terkeluar daripada program realiti popular itu. Sehingga kini, empat peserta diumumkan tersingkir daripada rancangan terbabit. Mereka ialah Razis Ismail, Rem, Elly dan Shidi (Data).

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket VIP Anugerah Skrin 2016

Park Bogum Asia Tour In Kuala Lumpur 2016-2017