in

Peraduan Menang Tiket VIP Anugerah Skrin 2016

Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Anugerah berprestij yang menjulang bakat dan mengiktiraf penggiat seni & karyawan tanahair, Anugerah Skrin 2016 bakal berlangsung pada hari Jumaat ini. Hanya beberapa minggu sahaja lagi. Budiey percaya, pembaca budiey.com di luar sana ramai yang tertanya macamana nak dapatkan tiket untuk menonton #ASK2016 secara live ya. Yea, seperti tahun-tahun sudah, Budiey ada sediakan tiket untuk pembaca setia.

Bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya bermula jam 9.00 – 11.30 malam di TV3 pada 18 November 2016 bermula 9.00 – 11.30 malam, ASK 2016 mempertaruhkan 32 kategori yang merangkumi 13 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman dan 6 teknikal. Kelainan yang disuntik dalam pencalonan ASK 2016 ialah kategori Drama Komedi Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik. Terdahulu Drama Komedi Terbaik hanya mencalonkan drama bersiri tetapi kali ini telefilem komedi juga turut dipertandingkan dalam kategori ini.

Untuk kali ini, Budiey nak berikan kepada anda untuk merasai tempat duduk VIP dengan membuka peluang kepada pembaca semua yang nak menonton Anugerah Skrin 2016 secara live kat Dewan Merdeka, PWTC. Sebelum itu, acara red carpet akan bermula pada jam 7.30 malam. Budiey ada 3 pasang tiket VIP (6 keping) dan 10 keping tiket tempat duduk biasa. Amacam okay?

Peraduan Menang Tiket VIP Anugerah Skrin 2016

Sekali lagi, TV3 membawakan anugerah yang pastinya dinantikan oleh karyawan industri seni, Anugerah Skrin (ASK 2016) bagi mengiktiraf pembikin filem, drama dan rancangan tanah air pada 18 November ini. Dengan tema, Menggapai Impian, ASK 2016 bakal bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya bermula jam 9.00 – 11.30 malam di TV3.

Pengiktirafan menerusi sesebuah acara anugerah khususnya Anugerah Skrin ini perlu untuk memacu industri ke arah yang lebih baik di samping memberi inspirasi buat para penggiat seni untuk terus mencipta karya-karya serta lakonan yang lebih hebat dan diingati. Sudah tentu, dengan pengikitirafan melalui Anugerah Skrin juga dapat dijadikan penanda aras sebagai tanda kejayaan dan simbolik penghormatan atas usaha keras yang telah mereka lakukan selama ini.

Anugerah Skrin 2016 menampilkan Alif Satar sebagai pengacara. Menariknya pada malam tersebut, Alif Satar tidak akan keseorangan. Alif akan turut ditemani oleh barisan pengacara bersama iaitu Ammar, Mira Filzah, Issey, Ajak Shiro, Haiza Kool FM, Sarimah Ibrahim, Fiza Sabjahan, Azrel Ismail dan Puteri Aishah. Acara karpet merah pula akan dikendalikan oleh Nana Mahazan dan Hefny Sahad yang disiarkan secara langsung di Pop TV di TV9 dari jam 8.30 malam – 9.00 malam. ASK 2016 juga akan bekerjasama dengan Fashion Valetuntuk menggayakan lima selebriti terpilih untuk acara karpet merah.

Malam penuh gemilang ini akan turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Shila Amzah, Elizad Sharifuddin, Indah Ruhaila, Shiha Zikir, Hazama, Black, Qodi, Fareez (Mentor Milenia), Amir Jahari, Mark Adam, Mimi One Nation Emcees, Kaka Azraf, Kumpulan Bocey (Abam, Achey dan Fad), Raihan, Akim & The Majistret, Alyah, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Hujan, Muaz, Epul drama Band, Awi Rafael, Waris dan juga band jemputan dari Indonesia, De’Meises.

Seterusnya, barisan penyampai anugerah ialah Erra Fazira & Datuk Rosyam Nor, Sherry Al-Hadad, & Fattah Amin, Fazura & Farid Kamil, Janna Nick & Raja Afiq, Shaheizy Sam & Syatilla Melvin, Siti Saleha & Neelofa, Tabah Syazwan, Jasmine Suraya Chin & Aina Suzaily, Hazreena & Muaz (RTM), Izara Aisyah & Redza Rosli dan Zahiril Adzim. 

Drama- drama yang tercalon dalam ASK 2016 pada tahun ini ialah Anak Ibu Buangan Ibu Bila Tiba Saatnya, Cermin Kasih, Calon Syurga, Fatin, Hujan Malam itu, Khilaf Seorang Isteri, Ku Haramkan Susu Itu, Lafaznya Aamiin, Pondok Itu Rumahku, Rekah, Ramadan Berteduh Syawal, Raya Aidil & Fitri dan Selamat Hari Jadi Abah.

Bagi kategori drama rantaian terbaik pula, ASK 2016 drama yang tercalon adalah Dan Hati Pun Berkata, Lambaian Ramadan, Mariah Terindah, Pujaan Hati Umi, Seindah Takdir Cinta, Sesal Separuh Nyawa, Terlarang Sudah Rinduku dan Wadi. 

Manakala, pencalonan bagi kategori Drama Komedi Terbaik pula ialah Ahli Mesyuarat Tingkap, Jom Kahwin, Mak Cun 2, Rajuk dan Si Montel. 

Drama Rantaian Popular Media Sosial pula melihatkan tiga drama tercalon iaitu Kau Aku Kita, Menongkah Kasih dan Satu Cinta. Bagi kategori ini, anda boleh membuat undian di laman laman rasmi ASK 2016 iaitu www.anugerahskrin.com bermula 3 Oktober hingga 5 November ini.

Bagi kategori Filem Terbaik pula, antara filem yang tercalon ialah Badi, Banglo Berkunci, Bravo 5, CCTV, Girlfriend Kontrak, Isteri Untuk Dijual, Jejak Warriors, Jwanita, Keranda Tok Wan Terbang, Langit Cinta, Love Supermoon, Mat Moto, Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, Nota, Pelepas Saka, Polis Evo, Munafik, Redha, Rembat dan Showdown. 

Untuk merancakkan lagi ASK 2016, turut diadakan satu majlis makan malam eksklusif iaitu Malam Bersama Bintang pada 5 November 2016, jam 8.00 malam di Memory Lane, Jalan Yap Kwan Seng. Majlis makan malam ini adalah untuk meraikan para pemenang terdahulu Anugerah Skrin dan mereka yang tercalon pada tahun ini. Malam Bersama Bintang ini akan dihoskan oleh Ain Edruce.

Bagi mereka yang ingin merasai gemerlap Anugerah Skrin ini, anda boleh menyertai peraduan di laman instagram TV3Malaysia iaitu dengan menghantarkan gambar anda bergaya seperti menghadiri acara karpet merah Anugerah Skrin dan #ask2016. 10 penyertaan dengan pakaian terbaik akan menerima jemputan untuk bersama-sama merasai gemerlapan Anugerah Skrin pada Malam Bersama Bintang ini. Malam Bersama Bintang akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Ronnie Hussein, Ippo Hafiz dan Sissy Iman.

Saksikan paparan menarik tentang apa yang berlaku disebalik tabir persiapan krew produksi dan para artis dalam Menjelang ASK 2016 pada 18 November, jam 6.00 – 6.30 petang yang dihoskan oleh Haziq Hot FM. Jangan lupa juga saksikan Gemilang ASK 2016 pada 25 November, Jam 9.00 malam dihoskan oleh Ikhwan Kool FM dan Ain Edruce yang akan berkongsi momen eksklusif seperti gaya fesyen selebriti di karpet merah dan juga ucapan para pemenang ASK 2016.

Selain itu, Anugerah Skrin 2016 juga menampilkan tonton, Hot FM, Kool FM, Harian Metro, ZIP (Majalah Digital) selaku rakan media ASK 2016. Kru penerbitan Anugerah Skrin 2016 diketuai oleh, Pengurus Penerbitan Hiburan, Khalijah Mohamed selaku Penerbit Eksekutif dan Sharizan Razalli sebagai penerbit dari Primeworks Studios.

Peraduan Menangi Tiket VIP Anugerah Skrin 2016

[dropcap]E[/dropcap]ksklusif dan khusus untuk pembaca Budiey.com, sebanyak 6 keping tiket VIP untuk dimenangi. Anda mahu tiket #ASK2016 ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan yang diberikan serta lengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket sahaja. Ingat hashtag ini: #ASK2016

Apa yang korang perlu buat ialah ikuti TIGA langkah ini:

Langkah 1:
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah ini dan komenlah apa pendapat anda apa sahaja tentang ASK dan ramalan pemenang ASK kali ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa layari laman sesawang rasmi #ASK2016:  www.anugerahskrin.com

Langkah 2:

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:

  1. Tulis slogan kreatif anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu kepada emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga buat posting slogan paling kreatif yang anda reka itu di Instagram anda dengan tag @budiey

Sila gunakan hashtag event ini iaitu #ASK2016.

Slogan: Saya mahu menonton Anugerah Skrin 2016 secara langsung kerana…. (siarkan di Instagram)

Langkah 3:

Kemudian emelkan jawapan anda untuk soalan ini:

Soalan 1:
1. Apakah tema Anugerah Skrin 2016?

Soalan 2:
2. Anugerah Skrin 2016 akan dihoskan oleh….?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Anugerah Skrin 2016 lebih mantap jika…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket VIP Anugerah Skrin 2016

Tarikh tutup peraduan:
Jam 3 petang 16 November 2016

6 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih TV3 atas tiket jemputan tersebut. Kepada pembaca yang tidak dapat menonton TV, korang boleh juga mengikutinya secara online di:

www.anugerahskrin.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza, Yuna & Karel Bakal Hiburkan Party Ulangtahun Yonder Yang Pertama

Elly Mazlein Tidak Menolak Kemungkinan Menyertai Semula Gegar Vaganza 3