in , ,

Elly Mazlein Hadiahkan DUSTA CINTA Buat Peminat Setia

Memulakan kerjaya sebagai penyanyi sejak 1997, Elly Mazlein atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanapi, yang lebih mesra dengan panggilan, Kak Lina Pom Pom masih tidak boleh melupakan dunia nyanyian yang sudah sebati dalam dirinya biarpun sudah berada dalam zon selesa sebagai pelakon, pengacara dan pelawak.

Elly Mazlein mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada tahun 1997 dan menghasilkan 4 album studio. Sutera Kasih (1997), Satu Persatu (1999), Elly (2001) dan Atas Nama Cinta (2003)

Menerusi album Sutera Kasih, Elly Mazlein mula dikenali menerusi lagu Sutera Kasih dan Biar Pilu Ada Penawarnya. Elly Mazlein begitu popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan dan Janji Kekasih melalui album Satu Persatu yang terjual mencecah 50,000 unit pada tahun 1999. Album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 album Malaysia terlaris pada tahun 2001 dengan jualan melebihi 60,000 unit dengan lagu hitsnya Bungaku Bakawali

Single Cover Dusta Cinta Elly Mazlein

Single solo terakhir Elly Mazlein berjudul Jeritan Hati telah dikeluarkan pada tahun 2017. Pada tahun 2020, Elly Mazlein muncul dengan single 4 Dara yang disuntik dengan elemen baharu, sebuah kolabarasi bersama Faizal Tahir dan Zizi Kirana.

Kini, Elly Mazlein muncul dengan single terbarunya Dusta Cinta ciptaan Aina Abdul dan lirik oleh Wan Zakaria. Ujarnya, “Saya yakin bakat dan kemampuan Aina cukup besar. Jadi, tidak salah saya menyokong dan memberi kepercayaan kepadanya. Karya yang dinyanyikannya sendiri pun hebat.

Saya juga mengharapkan tuah sama menyebelahi saya. Saya lihat Aina sangat kreatif. Aina luar biasa dan sentuhannya berbisa,”

– Elly Mazlein
ELLY MAZLEIN

Menolak dia melalui apa yang disampaikan dalam lirik lagu ini, Elly Mazlein berkata dia hanya bertindak sebagai pencerita.tentang kisah cinta yang menyentuh soal biasa dalam hubungan cinta yang disaluti kecurangan.

Dusta Cinta boleh didapati di semua pelantar digital seperti Itunes, Apple Music, KKbox, Spotify, Joox dan Deezer bermula 26hb Februari 2021, manakala muzik video Dusta Cinta boleh ditonton di saluran rasmi Youtube Life Records bermula 27hb Februari 2021.

ELLY MAZLEIN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Mini MISS MATCH Lakonan Kilafairy & Mimi Lana di WeTV

Dokumentari Mysteries Of The Mekong, Jelajah Lima Negara Asia