in , ,

Sinopsis Drama Mini MISS MATCH Lakonan Kilafairy & Mimi Lana di WeTV

Buat anda peminat setia drama Melayu, sebuah drama mini terbaharu berjudul MISS MATCH bergenre romantik komedi telah disiarkan di WeTV bermula 25 Feb 2021, setiap Khamis dan Jumaat. Jom baca artikel ini untuk mengetahui segala fakta menarik tentang mini drama ini.

Mini drama ini diarahkan oleh Tam Suhaimi yang juga turut menggalas tugas sebagai penerbit dan juga penulis skrip. Menurut Tam Suhaimi, bukan satu kerja yang mudah bagi beliau menjalankan tiga kerja belakang tabir drama ini dalam satu masa kerana beliau begitu teliti dan mahu karya ini menjadi sebuah karya yang diminati dan diterima oleh peminat.

Bercerita tentang idea dan jalan cerita mini drama ini, Tam memberitahu idea untuk merangkumkan kisah menjadi sebuah drama ini diambil daripada kejadian dan pengalaman masyarakat sekeliling. Ada setengahnya dalam masyarakat kita tidak senang apabila ada orang lain mencapai kejayaan dan lebih berjaya daripada dirinya. Lalu, ada niat untuk menjatuhkan maruah orang tersebut dengan membuat perkara-perkara yang tidak elok.

MISS MATCH

Drama yang berdurasi 25 minit untuk setiap episod ini mempunyai banyak mesej dan pengajaran untuk penonton.

Drama ini cukup santai dan tidak memeningkan kepala penonton. Dalam drama ini, penonton akan dibawa untuk mengikuti perjalanan belakang tabir sebuah program realiti. Jika sebelum ini kita lihat dengan mata kasar, program realiti ini nampak elok tapi sebenarnya pelbagai kerenah dan konspirasi berlaku di belakang tabir yang kita tidak tahu. Usah terkejut jika drama ini mendedahkan program realiti TV sebenarnya dirancang, punya skrip yang ditetapkan malah pemenang juga sudah ditentukan!

MISS MATCH

Menurut Tam Suhaimi, sebagai pengarah dia terpaksa mendepani cabaran dengan kengkangan masa apabila dia terpaksa menyiapkan drama lain pula selepas itu. Jadi, produksi terpaksa mengikut masa yang ditetapkan bagi menyiapkan drama ini. Selain itu, Kilafairy juga pada masa itu tidak bertudung dan sudah tentu ini akan menyukarkan beliau untuk mempromosikan drama ini.

MISS MATCH

Apa yang menariknya, dalam drama ini menampilkan Izara Aishah yang sudah lama tidak berlakon drama. Jadi kepada anda yang merindui lakonan Izara, bolehlah menonton drama ini.

Mengakhiri perbualan, Tam berharap drama ini dapat diterima dan mendapat sambutan peminat. Walaupun sebuah drama yang ringan, tapi ada mesej yang kita patut pandang dari sudut positif.

MISS MATCH

Drama mini komedi yang cukup santai sambil layan malam korang tanpa stress gitu. Korang boleh laaa tonton drama mini siri eksklusif ini di Drama Online WeTV Malaysia . PERCUMA jer . . Dan banyak lagi drama best best ada kat sana!

Melissa adalah penyampai bagi “Berdua Bersatu,” sebuah program pencarian pasangan ideal. Melissa menerima undangan untuk menjadi ahli komiti bagi acara reunion. Melissa skeptikal apabila perjumpaan tersebut bakal disertai oleh Adrea, musuhnya sewaktu di bangku sekolah. Namun begitu, dia mengambil inisiatif untuk berdamai dengan Adrea demi untuk melancarkan tugasan masing-masing.

Bimbang jika status Melissa yang masih solo dijadikan bahan jenaka, rakannya (Shad dan Iqy) bertindak mencari pasangan untuknya. Pertemuan secara tidak sengaja diantara Melissa dan Harris secara tidak langsung menjadikan hubungan mereka menjadi akrab.

Harris tiba untuk menjemput Melissa. Tanpa diketahui oleh Melissa, Harris merupakan bekas kekasih Adrea. Adrea yakin bahawa Melissa menjadi punca perpisahannya dengan Harris. Sejak dari itu Melissa kembali menjadi sasaran kepada Adrea. Adrea bertindak memalukan Melissa dan mendakwa bahawa Melissa begitu terdesak sehingga sanggup mendapatkan khidmat teman lelaki upahan.

Melissa perlu memilih sama ada menyelamatkan hubungan dengan Harris ataupun menyelesaikan krisis yang tidak berkesudahan bersama Adrea.

MISS MATCH

Tajuk: Miss Match
Durasi: 25 Minit x 4 Episod
Terbitan: Imaginal Pictures sdn bhd Skrip & Arahan: Tam SUhaimi

Barisan Pelakon: Kilafairy, Mimi Lana, Bella Dally, Donna Muslim, Atiq Azman, Emelda Rosmila, Izara Aishah, Nor Aliah Lee, Sharifah Rose, Fazziq Muqris, Munaa Bella, Nisha Ranai.

Platform OTT: WeTV
Tarikh Tayangan: Bermula 25 Feb 2021, Khamis dan Jumaat.

Drama ini ditayangkan secara exclusive hanya di WeTV Malaysia. Saluran rasmi drama online yang ada di Malaysia. Buat yang belum tahu, korang hanya perlu download jer Apps WeTV Malaysia dari play store ke smartphone dan boleh tonton secara percuma! Ada banyak drama yang best best ada kat sana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eksklusif di RTM, Dokumentari 35 TAHUN MENYULAM KASIH-DARI POLO KE PETERANA

Elly Mazlein Hadiahkan DUSTA CINTA Buat Peminat Setia