in ,

Ekspresi Fesyen Latari Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Selepas mencatat kecemerlangan menerusi Bukan Hal Aku dengan meraih 5,457,756 juta tontontan di laman YouTube kira-kira setahun lalu, penyanyi popular, Kaka Azraff, 27, bakal memunculkan buah tangan terbaharu, Terima Kasih sebagai pengungkapan kesyukuran yang bersifat universal hasil garapan penuh oleh Muhammad Alif Abdullah dengan kolaborasi syarikat pengurusan artis, Uprising Entertainment Sdn. Bhd. bersama Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. (WMM).

Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Ekspresi Fesyen Latari Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Dan baru-baru ini, Kaka terlibat dalam pembikinan video muzik yang digarap oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar bersama 15 tenaga produksi berlokasi di Studio Kok Ah Loke, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Proses penggambaran bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir 3 pagi keesokan hari itu menampilkan konsep lebih segar dan moden bersesuaian dengan single ini.

Ghaz yang dipertanggungjawab untuk mengepalai projek ini menjelaskan, dia sengaja mengekalkan tiga konsep hampir sama dalam tiga video muzik Kaka selepas cadangannya dipersetujui penuh oleh Uprising dan Warner. Justeru, pembikinan Terima Kasih dilihat menjadi kelangsungan selepas pernah mengarahkan Bukan Hal Aku sebelum ini.

“Selepas Bukan Hal Aku, saya mahu ada kesinambungan untuk Terima Kasih dan kemungkinan seterusnya untuk single Kaka selepas ini dengan memaparkan imej lebih kurang sama dan berkonsep konsisten. Saya turut menampilkan Terima Kasih dalam versi minimalis di samping menerapkan teknik double exposure pada satu tahap lain bertujuan menyuntik impak lebih baik yang belum pernah disaksikan oleh penonton di Malaysia dalam video muzik tempatan,” ujarnya.

Sementara itu, Kaka tidak ketinggalan berkongsi keterujaan apabila berpeluang untuk terus bekerjasama dengan Ghaz yang disifatkan sebagai pengarah yang memahami cita rasa dan kehendaknya terutama dalam pembikinan video muzik.

“Dalam video muzik ini, saya ditampilkan dalam tiga imej berbeza. Pertama, saya muncul dalam stail edgy yang berlainan dengan sebenar saya. Kedua, fesyen lama yang digayakan semula dalam zaman ini. Dan terakhir, fesyen zon selesa yang merupakan gaya peribadi saya,” jelasnya yang punya ekspektasi tinggi agar Terima Kasih bakal diterima dengan lapang dada oleh penikmat muzik tanah air.

Behind The Scenes (BTS);

Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Jurumekap selebriti terkenal, Emmy Agung yang digandingkan bersama Juno Ko sebagai penata rambut tidak ketinggalan berkongsi konsep dandanan untuk video muzik ini. “Saya menggabungkan elemen Jepun dan purba Mesir dengan meletakkan keseimbangan di antara mekap dan rambut. Tidak hanya itu, saya mengekalkan tona hitam untuk setiap stail Kaka bertujuan memberi impak yang lebih bermakna.”

Kepada peminat Kaka di luar sana, jangan lupa untuk menyaksikan video muzik Terima Kasih yang bakal dilancarkan secara eksklusif di laman YouTube Warner Music Malaysia pada 16 Ogos ini. Dan pelancaran single ini turut diadakan pada tarikh sama di lokasi dan waktu yang akan diberitahu kelak.

Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem Komedi THE INVENTION OF LYING di TV2

Wak Doyok Bertunang Dengan Azrinaz Mazhar Hakim