in , ,

Wak Doyok Bertunang Dengan Azrinaz Mazhar Hakim

Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 37, disahkan telah bertunang dengan personaliti Wak Doyok pada 23 Julai lalu. 

Majlis pertunangan pasa­ngan itu berlangsung di kediaman Azrinaz yang terletak di sebuah kawasan perumahan elit di Desa Hartamas di sini.“Majlis pertunangan mereka secara tertutup sahaja. Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tidak ramai tetamu luar dijemput hadir.

“Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana itu,” jelas sumber kepada Mingguan Malaysia.

Hubungan Azrina dan Wak Doyok atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Mohd. Nor, 36, bermula sebagai sahabat baik sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, mereka tidak pernah mengesahkan berada dalam alam percintaan meskipun sering memuat naik gambar kemesraan berdua di laman sosial selain gambar bersama dengan rakan-rakan artis mereka.

Menurut sumber yang sama, setakat ini belum ada kepastian dalam soal menetapkan tarikh perkahwinan pasangan ber­kenaan.

Azrinaz ialah bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Hasil perkahwinan itu, Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata sementara Wak Doyok belum pernah berkahwin sebelum ini.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ekspresi Fesyen Latari Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Penyanyi Indonesia Mike Mohede Meninggal Dunia