in ,

Filem Komedi THE INVENTION OF LYING di TV2

Di tempat di mana pembohongan tidak pernah wujud, seorang lelaki yang mampu berbohong berjaya mendapat keuntungan besar dari pembohongan yang di ceritakan kepada orang di sekelilingnya.

Itulah yang dialami oleh oleh seorang pemuda bernama Mark lakonan Ricky Gervais. Dia berdepan dengan hari malangnya dimana dia ditinggalkan kekasihnya, Anna dan esoknya dia dibuang kerja sebagai penulis skrip. Tambah memburukkan keadaan dia telah diusir daripada rumah sewanya kerana gagal membayar wang sewa.

MCDINOF EC015

Filem Komedi THE INVENTION OF LYING di TV2

Filem komedi “The Invention of Lying” arahan Ricky Gervais, dan Matt Robinson yang menampilkan lakonan mantap Ricky Gervais sendiri dibantu oleh Jennifer Garner, Rob Lowe, Jonah Hill, Louis C.K., John Hodgman, Tina Fey, Christopher Guest, Jeffrey Tambor, Nate Corddry, Patrick Stewart, dan Jason Bateman ini menemui penonton pada 5 Ogos ini, pukul 10.00 malam di TV2.

Kisahnya berlegar entah daripada mana Mark mendapat keberanian untuk berbohong di saat tidak ada seorang pun yang mampu melakukannya. Dalam waktu singkat Mark melihat ada prospek mendapat keuntungan besar dari kemampuannya yang tak dimiliki oleh orang lain ini.

Ternyata cerita bohong yang disampaikan terdengar jauh lebih menarik dibanding kenyataan yang selama ini ada dan tidak ada seorang pun yang perasan dia sedang berbohong kerana orang-orang di sekelilingnya tidak pernah berbohong.

Helah Mark bermula apabila dia mendapati wang dalam akaun banknya tinggal 300 dolar. Dia memikirkan helah menipu bank mengatakan wangnya ada 800 dolar. Mark berutung apabila pihak bank mempercayai penipuannya apatahlagi semua orang dalam filem ini hanya berkata jujur semata. Semua orang percaya kata-katanya.

Hal tersebut membawa perubahan besar bagi Mark, kerana sekarang dia boleh mengatakan apapun walaupun tidak benar kerana setiap pertuturannya dipercayai semua orang. Mark semakin teruja mempermainkan orang dengan penipuannya.

Namun tanpa diduga dia berdepan dengan masalah ketika meihat ibunya kerunsingan berdepan dengan berita kematian. Mark menceritakan hal-hal yang menyenangkan yang akan terjadi jika orang telah meninggal dia akan pergi ke suatu tempat mendamaikan. Hal tersebut tentu bagi Mark tindakan untuk menenangkan ibunya yang takut akan kematian dan tentunya ibunya percaya.

Berbeza dengan orang lain yang mencuri dengar perbualan Mark dan ibunya. Ia termasuklah doktor yang ada di ruangan tersebut telah mendengar perbualan Mark dan percaya hingga akhirnya ramai orang memenuhi rumah Mark untuk mengetahui kemanakah orang akan pergi ketika sudah meninggal? Mampukah Mark memberanikan diri membongkar tentang pembohongannya selama ini?

filem the_invention_of_lying

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Paras Bunyi Collective di Yayasan Sime Darby Arts Festival 2016

Ekspresi Fesyen Latari Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff