in , , ,

EKSKLUSIF: Andi Bernadee Perjelas Makna Tersirat dari Video Muzik Single DONDE

Semasa Budiey menghadiri pertunjukan fesyen baju raya Ezuwan Ismail di Publika pada 14 April lalu, Budiey sempat bertemu dengan penyanyi yang semakin meningkat populariti, Andi Bernadee. Kepada yang belum menonton temubual eksklusif ini, jom kita layan!

Temubual eksklusif bersama Andi Bernadee kali ini sudah tentu berkisar tentang video muzik single terbaharunya berjudul DONDE yang kini trending di Youtube Malaysia. Tahniah Andi Bernadee! Video ini mendapat tempat di hati peminat seawal penyiaran video teaser yang menunjukkan ada darah keluar dari kepala Andi. Semasa video muzik premiere dibuat, sebanyak lebih 3,000 penonton melayannya di Youtube sehinggalah mendapat tempat trending nombor 17 di Youtube.

Video Muzik DONDE

Menurut Andi Bernadee, makna sebenarnya DONDE adalah perkataan dari bahasa Sepanyol bermaksud mana. Mati-matian, Budiey ingatkan donde tu adalah perkataan yang digunakan dari loghat Kelantan iaitu Awe Donde. Haha. Korang jangan gelak okay. Entah-entah korang pun fikir macam tu jugak.

Dalam loghat Kelantan, awe donde adalah sebutan atau gelaran manja untuk anak lelaki.

EKSKLUSIF: Andi Bernadee Perjelas Maksud Tersirat & Simbolik dari Video Muzik DONDE

Sebenarnya, menurut Andi Bernadee, beliau menerima banyak respon tentang video muzik kali ini. Antaranya, penampilan tidak berbaju dan mandi dalam bath tab menarik perhatian netizen. Menurut Andi, ada sebab babak tersebut diselitkan dalam video muzik ini untuk melambangkan betapa ‘dark’ atau gelapnya hidup seorang yang sedang mencari. Orang yang dicari tu sebenarnya dah mati dan Andi belum lagi move on. Sampai dia jadi gila. Haa, sampai macam tu ek. Nak cari mana kalau orang tu dah mati, kan? Kalau orang tu masih hidup lain citer, boleh la cari.

Lagu ini tentang seseorang yang sedang mencari. Ianya berkaitan dengan kehidupan seharian kita di mana setiap hari kita akan mencari sesuatu. Tak kiralah cari orang ke, cari barang ke, cari apa sahaja.

Dalam temubual ini, Andi Bernadee telah menerangkan lima babak utama yang dipaparkan dalam video muzik dan beliau menerangkan maksud yang tersirat di sebalik babak tersebut. Bukan saja-saja nak letak, okay. Semuanya ada perlambangan dan metafora tersendiri.

Video Muzik DONDE Andi Bernadee
Video Muzik DONDE Andi Bernadee
Video Muzik DONDE Andi Bernadee
Video Muzik DONDE Andi Bernadee
Video Muzik DONDE Andi Bernadee
Video Muzik DONDE Andi Bernadee
Video Muzik DONDE Andi Bernadee
Video Muzik DONDE Andi Bernadee
Video Muzik DONDE Andi Bernadee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Artis Terhebat Yang Bakal Hadir di Anugerah MeleTOP 2019

Peraduan Premiere With Budiey Filem UGLY DOLLS