in , ,

Senarai Artis Terhebat Yang Bakal Hadir di Anugerah MeleTOP 2019

Anugerah yang paling dinantikan oleh ramai peminat, AME 2019 bakal berlangsung pada 21 April 2019 (Ahad) di Axiata Arena, Bukit Jalil. Jom tengok siapakah selebriti yang bakal hadir dan buat persembahan di acara ini.

Detik penentuan paling ‘MeleTOP’ yang ditunggu-tunggu semakin hampir. Masih tinggal 6 hari lagi sebelum menjelangnya Anugerah MeleTOP Era atau AME 2019 yang kembali serba mantap untuk penganjuran edisi keenam dengan tagline ‘Yang LEGIT, Yang LEGEND’. Personaliti dan karya paling ‘MeleTOP’ manakah yang bakal memenangi 16 buah kategori yang dipertandingkan merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital sepanjang tahun lepas? Sama-sama kita ketahui kelak pemenangnya kelak.

Pencalonan Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2019

Acara gilang gemilang ini bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2018 secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). ‘AME 2019’ juga turut boleh diakses secara live streaming menerusi perkhidmatan Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

AME 2019 dihoskan oleh Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Neelofa.

Antara artis yang bakal membuat persembahan pada malam tersebut termasuklah Ella, Ayda Jebat, Misha Omar, Siti Nordiana, Hael Husaini, Khai Bahar, Pop Shuvit, Akim & The Majistret, Exist, Suffian Suhaimi, Haqiem Rusly, Ismail Izzani, Floor 88 serta ramai lagi.

Bertemakan ‘Glam’, rakaman Karpet Merah & Konsert Tirai AME 2019 akan bermula jam 7.00 malam dan diikuti dengan siaran langsung AME 2019 pada jam 8.30 malam. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sanggup Tidur Atas Lantai Demi Tiket Konsert Westlife The Twenty Tour 2019

EKSKLUSIF: Andi Bernadee Perjelas Makna Tersirat dari Video Muzik Single DONDE