in , ,

Ekin Rahman & Yazer Putus Cinta

Setelah lapan tahun menyulam cinta, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga, Ekin Rahman atau Ekin AF3 mendedahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Yazer sudah putus awal Disember lalu.

Kepada akhbar Kosmo! Ekin meluahkan yang dia masih berasa sedih dengan perpisahan tersebut. Namun dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya nyanyiannya dan menganggap 2014 sebagai tahun untuknya bangkit dan menyinar sama seperti rakan seangkatannya dalam AF3 seperti Mawi dan Marsha.

“Ya. Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus.¬†Memang sedih sebab kami sudah bercinta selama lapan tahun. Tetapi hendak buat macam mana, jodoh kami sampai setakat ini sahaja.”

Ekin bakal muncul dengan drama sulung lakonannya, berjudul Jimmy Sompoton di RTM1.

Ekin-Rahman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fiffy Natasha Bertunang Dengan Juruterbang MAS

Johan As’ari Belum Temukan Lana Nordin Kepada Ibu