in ,

Ebit Lew Bermurah Hati Sumbang 700kg Makanan Ke Zoo Negara

Bukan sahaja pantas menghulurkan bantuan pada orang yang memerlukan, pendakwah bebas ustaz Ebit Lew turut turun padang bagi membantu haiwan-haiwan yang berada di Zoo Negara.

AKIBAT pandemik COVID-19, pendapatan Zoo Negara terjejas semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Setelah dimaklumkan situasi Zoo Negara yang kurang pendapatan, inendakwah terkenal, Ebit Lew  tampil memberi sumbangan makanan kepada haiwan-haiwan di sana.

Ebit Lew Bermurah Hati Sumbang 700kg Makanan Ke Zoo Negara

Menerusi laman sosial Facebook, Ebit berkongsi beberapa keping foto menghulurkan bantuan berbentuk makanan untuk haiwan-haiwan di zoo tersebut. 

“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Perbelanjaan mereka RM1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo. 

“Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran. 

“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan di sini,”

Tambah Ebit lagi, zoo tersebut diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Malah, sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk dana atau makanan sangat dialu-alukan dan boleh menghubungi pihak zoo. 

Melalui perkongsian itu lagi, Ebit dilihat menghantar pelbagai jenis makanan seperti daging dan buah-buahan menggunakan lori untuk diserahkan kepada pihak berwajib. 

Selain itu, Ebit turut meluangkan masa memberi makanan dan melawat haiwan-haiwan yang ada di dalam zoo tersebut. 

Ebit Lew Bermurah Hati Sumbang 700kg Makanan Ke Zoo Negara

Meninjau ke ruangan komen, tindakan Ebit yang pantas menghulurkan bantuan kepada haiwan yang memerlukan itu mengundang rasa sebak wargamaya. 

Ramai yang memberikan pujian dan kata-kata positif agar Ebit tidak putus asa menghulurkan bantuan pada sesiapa yang memerlukan. 

Aku tak tahu nak kata apa dah. Sampai zoo pun ustaz Ebit Lew pi beri bantuan, memang ustaz Ebit insan pilihan Allah,” komen seorang wargamaya.

Kemuliaan hati ustaz akan di doa oleh haiwan-haiwan yang berada di zoo kerana ustaz tak terlepas pandang akan kebajikan buat mereka. Doa haiwan-haiwan tiada hijabnya,” kata seorang wargamaya.

Terbaiklah UEL ni. Bukan orang susah je diberi pertolongan, malah binatang makhluk ciptaan Allah ni pun diberi pertolongan. Moga UEL sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki,” puji seorang wargamaya. 

Kadang kesian kat ustaz. Semua tolak kat ustaz . Macam negara ni dah takda kerajaan rasanya. Semoga Allah SWT membalas segalanya, amin,” luah seorang wargamaya.

Betul. Tengok keadaan haiwan di Zoo Negara agak daif sekarang ni. Kalau la takde diambil panda kan rasanya memadai belanja untuk haiwan-haiwan lain Apa pun tahniah ustaz,” cadang seorang wargamaya lagi. 

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, RM1 juta sebulan diperlukan untuk menampung perbelanjaan termasuk makanan haiwan dan penyelenggaraan zoo. 

Dalam keadaan ramai yang terjejas akibat. COVID-19, jangan dilupakan nasib haiwan di Zoo Negara yang memerlukan bantuan serta sumbangan.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah menerima hampir 70,000 tanda suka dan 7,000 perkongsian di laman Facebook. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Padam Video di Instagram, Ain Edruce Jelaskan Birthday Prank Aksi ‘Benam’ Muka Anak Buah

Terima Mesej Orang Nak Santau, Nourul Depp Tanpa Ragu Dedah Mesej