in

Dynas Hamil Anak Kedua

Waaahhh… menjadik nampaknya. Tahniah ya Dynaz. Semoga semuanya selamat.

Soseh Soseh: Dynas hamil anak kedua

SIKAP sabar dan reda dengan ketentuan Ilahi nyata memberi keberkatan kepada pelakon Dynas. April lalu, Dynas dan suami berhadapan dugaan Tuhan apabila bayi dalam kandungannya meninggal dunia.  

SIKAP sabar dan reda dengan ketentuan Ilahi nyata memberi keberkatan kepada pelakon Dynas. April lalu, Dynas dan suami berhadapan dugaan Tuhan apabila bayi dalam kandungannya meninggal dunia.

SS dapat rasakan kesedihan yang dilalui Dynas dan suami ketika itu. Maklumlah, kegembiraan menanti kelahiran cahayamata sulung sebagai penyeri hidup mereka berdua, berakhir dengan kedukaan dengan pemergian bayinya tanpa sempat melihat dunia.

Tapi kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Berita terbaru yang SS dengar, Dynas kini mampu kembali tersenyum apabila bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. SS dimaklumkan, pelakon itu disahkan mengandung lagi.

Sebelum ini, SS kagum dengan Dynas kerana tenang dan reda dengan ketentuan Ilahi apabila menyatakan bukan rezekinya lagi dan yakin ada hikmah atas apa yang berlaku.

SS pasti ketika ini, pelakon berusia 26 tahun itu kini gembira dalam berdebar menerima gembira ini. Pastinya, berita gembira ini dikongsi bersama suami, juara lumba kereta siri pengeluaran tempatan serta keluarga dan mentuanya yang tetap setia memberi dorongan dan sokongan kepadanya.

Dalam pada itu, SS dengar Dynas juga sibuk menjayakan penggambaran drama. Malah akan berlakon filem pula. Cuma satu nasihat SS supaya Dynas jaga kesihatan dan jangan kerja teruk sangat. Maklumlah, pada awal kandungan, belum kuat lagi bimbang juga kalau berlaku perkara tidak diingini.

SS juga dengar, Dynas ada terima tawaran berlakon filem berganding dengan pelakon wanita berpengalaman. SS tidak tahu pula judulnya dan siapa pengarah dan pelakon dimaksudkan. Tapi apa yang SS dengar, Dynas tertarik membintangi filem ini kerana diarahkan sutradara terkenal. Dynas juga anggap tawaran itu sebagai rezeki anak.

Tapi kalau boleh, berehatlah buat sementara waktu daripada berlakon. Bukan apa, SS rasa jadual penggambaran yang tidak menentu tidak begitu baik buat Dynas. Bukan maksud SS wanita mengandung tidak boleh buat kerja tapi memandangkan Dynas pernah melalui masalah ketika mengandung, jadi perlu memberi lebih keutamaan kepada kandungannya.

Kata orang, duit boleh dicari, begitu juga tawaran lumayan kalau dilepaskan mungkin lain kali akan dapat tawaran yang lebih baik lagi. Apapun, itu sekadar nasihat, terpulang kepada Dynas kerana dia lebih arif menentukan perjalanan hidupnya. [sumber]

 

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem Fiksyen Cina Koleksi Sastera Cina

Photo of the Day: The Beatles at Mint Museum of Toys