in ,

Filem Fiksyen Cina Koleksi Sastera Cina

SIRI JOURNEY TO THE WEST : Saksikan filem menarik yang diadaptasi dari novel fiksyen Cina terkemuka, November ini!

November ini, Saluran Ceria Anda bakal menggegarkan kaca TV anda dengan siri Journey to the West – filem adaptasi yang diilhamkan oleh novel klasik popular dari koleksi Sastera Cina, setiap Sabtu, 2.30 tengahari, mulai 7 November! 

Saksikan fantasi menarik yang memaparkan karakter utama Journey to The West – Monyet, Khinzir dan Sandy dalam The Monkey Goes West, Sabtu, 7 November, 2.30 tengahari – 4.30 petang. Tentunya, filem penuh aksi tahun 1966 – hasil terbitan Shaw Brothers ini mempunyai segalanya – cukup dari segi paparan aksi, komedi dan muzikal khas untuk mencipta satu dunia Kung-Fu fantasi yang ceria dan menghiburkan! Filem yang tertumpu pada pengembaraan yang dilalui oleh seorang sami Buddha – Xuanzhang dan rakannya yang serba unik terutamanya Raja Monyet yang cukup comel – Sun Wu Kong sementara mereka menjelajah ke India dan membawa kembali Sutra Buddha. DIbintangi oleh : Diana Chang Chung Wen, Ho Fan Pan Keng and Kao Po-Shu.

Seterusnya, dalam taruhan kedua dari Shaw Brothers, Xuanzhang dan pengikut setianya bertemu dan bersahabat dengan sekumpulan jelitawan – tiga orang  Dewi Naga dalam Princess Iron Fan, Sabtu, 14 November, 2.30 tengahari – 4.30 petang. Kali ini, filem ini menayangkan dua pengembaraan mereka yang penuh dugaan, termasuklah usaha mereka untuk mendapatkan kipas ajaib untuk menyelamatkan sebuah perkampungan dari kebakaran yang dasyat. Raja Monyet bertemu dengan Puteri Kipas Besi untuk memperolehi barangan keramat tersebut dan beliau bersetuju untuk menyerahkannya. Walaubagaimanapun, tidak lama kemudian, Raja Monyet mempelajari bahawa kipas ajaib yang diberikan padanya adalah palsu. Menyedari bahawa segala apa yang dihajat akan ditunaikan oleh Puteri Kipas Besi, dengan syarat, seseorang itu hendaklah mempunyai nilai moral yang tinggi, Raja Monyet  cuba untuk memasang strategi. Setelah dikhabarkan oleh rakannya yang Puteri Kipas Besi telah melukakan hati suaminya – Raja Monyet cuba meraih simpati dengan menjelma sebagai suami Puteri Kipas Besi – Syaitan Lembu yang sangat tegas. Lakonan: Pat Ting Hung, Cheng Pei-pei, Ho Fan, Yueh Hua, Peng Peng.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton The Cave of Silken Web apabila wira-wira ini (Monyet, Khinzir dan Rahib) berjuang untuk melindungi Guru mereka daripada godaaan tujuh orang dewi labah-labah yang bertapa di sebuah Gua yang dilindungi oleh rantaian sutera. Apabila wirawari ini cuba untuk menangkap Sami Xuanzhang, Raja Monyet terpaksa mencari akal fikiran bagaimana untuk melepaskan mereka dari kurungan dewi-dewi itu yang mengimpikan untuk menjadikan tawanan mereka sebagai hidangan makan malam mereka! The Cave of Silken Web bersiaran pada Saluran Ceria Anda, Sabtu, 21 November, 2.30 tengahari – 4.30 petang. Dibintangi oleh: Ho Fan, Angela Yu-chien, Shen Yi, Liu Liang-hua, Helen Ma.

Pengembaraan popular siri Journey to the West bersambung dengan sekuel keempat daripada Shaw Brothers – The Land of Many Perfumes, Sabtu, 28 November. Sami tersebut dan rakan-rakannya melawat sebuah negara kecil yang rata-ratanya didiami oleh kaum wanita yang rupa-rupanya tidak pernah berjumpa dengan spesies lelaki! Lebih mengerikan, penduduk tempatan berkenaan terus-terusan mengejar Buddha XuanZhang dan rakan-rakannya untuk dijadikan suami mereka! Raja Monyet dan Khinzir terpaksa membantu Sami Buddha tersebut apabila dia digilai oleh Permaisuri negara tersebut. Lakonan: Ho Fan, Li Hsiang-Chun, Kao Pao-Shu, Irene Chin I-Ling, Ho Fan, Chow Lung-Cheung, Tien Shun, Peng Peng.

November ini, bersedialah untuk versi Filem Journey to the West yang menghiburkan dengan plot hebat beserta elemen humor, aksi dan fantasi yang bewarna-warni, setiap Sabtu, 2.30 tengahari, mulai 7 November 2009, hanya di ntv7!

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Diary of A Mad Black Women

Dynas Hamil Anak Kedua