in , ,

“Dulu Kau Suka Mengata Orang, Sekarang Baru Orang Kenal Kau Siapa,”- Nur Sajat

Tidak hanya mendiamkan diri, usahawan kosmetik,  Nur Sajat turut membuka mulut mengenai isu yang terjadi sekarang mengenai Ariz Ramli dan juga Ustaz Ebit Lew.

Dalam perkongsian di laman Instastorynya, Sajat ada menyatakan tindakan individu tersebut yang sebelum ini sering bercakap pasal orang lain. Dan kini orang mula mengenali perangai sebenar individu itu.

“Dulu kau suka mengata orang, sekarang baru orang kenal kau siapa.. sebab tu kita kena jaga mulut, jaga bahasa, jaga setiap apa penulisan yang kita tulis”

– Nur Sajat

Dalam pada itu, Sajat juga turut mengulas sikap individu ini yang sering merasakan dirinya bagus dan membuat sesuatu menjadi isu walaupun berita yang diterima belum pasti kesahihanya.

Nur Sajat

“Jangan kerana berita yang kau sendiri tak pasti, terus kau buat isu semasa..lebih baik berdiam diri, dari rasa diri tu bagus sangat.”

Sajat juga turut berpesan kepada individu tersebut supaya lebih baik mendiamkan diri daripada merasakan diri bagus.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun ia seolah-olah ditujukan kepada penyanyi rap Caprice.

Sebelum ini Caprice seringkali mengulas mengenai isu kontroversi Sajat. 

Jadi sekarang ini kecoh di media sosial mengenai isu yang melibatkan Ustaz Ebit Liew dan juga Caprice.

Caprice dikatakan akan membongkar tindakan misi kemanusiaanya di Gaza dan akan mendedahkan segala-galanya menerusi sebuah siaran langsung yang dijadualkan pada 21 Julai 2021 ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Persoal Mana Kelibat Ariz Ramli di Misi Bantuan di Jordan

Asyik Pegang Perut, Lagi Sekali Netizen Spekulasi Neelofa Sudah Hamil