in

Dua Anggota Dadali Meninggal Dunia Dalam Tempoh Seminggu

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga kumpulan Dadali di atas kehilangan ini.

Jakarta: Selepas pemain gitarnya, Yuda, kumpulan Dadali kehilangan seorang lagi anggota apabila pemain keyboard, Rixx meninggal dunia akibat Covid-19, kelmarin.

Yuda meninggal dunia pada 7 Julai lalu selepas mengalami sesak nafas dan sakit di saluran pencernaan.

Bagaimanapun, ujian yang dilakukan terhadap jenazah Yuda mendapati dia negatif Covid-19.

Rixx dikhabarkan sedang menjalani kuarantin di rumah selepas positif virus terbabit.

DADALI MENINGGAL

Bagaimanapun dia kemudian disahkan meninggal dunia kelmarin oleh wakil pengurusan Ascada Musik.

“Betul, Rixx sudah tiada. Dia menghembuskan nafas terakhir jam 4.50 pagi (waktu tempatan) kerana jangkitan Covid-19,” kata jurucakap dikenali sebagai Sakti itu.

Sakti berkata, Rixx hanya mengalami gejala ringan, namun keadaan kesihatannya semakin teruk selepas mengetahui Yuda meninggal dunia.

Bagaimanapun, usaha untuk menempatkan Rixx di hospital tidak berjaya kerana wad menempatkan pesakit Covid-19 sudah penuh.

“Akhirnya, Rixx dimasukkan ke hospital di Bogor. Namun, dia hanya ditempatkan di unit kecemasan kerana semua bilik sudah dipenuhi,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Dadali, Dyrga menerusi Instagram mengucapkan salam perpisahan buat sahabatnya.

Dadali yang berasal dari Bogor cukup popular di Malaysia menerusi lagu Di Saat Aku Mencintaimu, Disaat Aku Tersakiti, Disaat Aku Pergi dan Disaat Patah Hati.

Selain Rixx, Yuda dan Dyrga, Dadali turut dianggotai Fadel (bass) dan Oq (dram).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suami Rebecca Sesak Nafas di Tahap 4 Covid 19, Rayu Kerajaan Supaya Full Lockdown

Angkara #PukauChallengeDance Netizen Mengamuk