in , ,

Angkara #PukauChallengeDance Netizen Mengamuk

Bukan Sekadar Dangdut Tetapi Mesej Peringatan Ingin Disampaikan Melalui Muzik Video Naufa – Pukau.

“PUKAU”, taruhan kedua Naufa untuk berkongsi bakatnya ke dalam industri muzik tanah air. Naufa atau nama penuh beliau Nor Fatihah binti Taib, merupakan pemenang tempat ketiga rancangan TV3 Malaysia iaitu Lagu Cinta Kita 1 yang berjaya melahirkan sebuah keluarga melalui program tersebut.

Tampil dengan genre pop dangdut, lagu dan lirik daripada El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd) ini mengisahkan tentang unsur nasihat kepada gelaran suami di luar sana. Perwatakan Naufa sebagai seorang gadis yang menarik perhatian. Bahasa kasarnya seseorang yang boleh membuat orang tergoda dengan kecantikannya. Disini, menggambarkan mana-mana lelaki yang “mata keranjang” pantang melihat wanita cantik diluar sana walaupun sudah berumahtangga.

Angkara #PukauChallengeDance Netizen Mengamuk

Beliau berharap lagu ini diterima pendengar dan menyokong permulaan beliau untuk mengembangkan bakat di persada seni. Pelbagai usaha dijalankan bagi mempromosikan single ini, bukan mudah bagi beliau untuk memenangi hati orang ramai. Dengan mencuba nasib untuk menjadikan single ini diketahui ramai, beliau menghasilkan satu content money contest video dari aplikasi Tiktok iaitu #pukaudancechallenge.

Angkara #PukauChallengeDance Netizen Mengamuk

Mengejutkan, salah seorang peserta merupakan seorang remaja perempuan yang pernah tular dengan satu video daripadanya yang dikenali sebagai “Budak Baju Kuning”. Remaja tersebut telah menghasilkan sebuah video tarian di laman aplikasi Instagram milik beliau lalu video tersebut telah tular ke aplikasi Tiktok milik @idunnolahhh sehingga meraih 1.4 juta jumlah tontonan. Oleh kerana itu, timbulnya kontrovesi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati daripada netizen seandainya pihak penganjur memilih beliau sebagai pemenang.

Angkara #PukauChallengeDance Netizen Mengamuk

Netizen menunjuk perasaan tidak puas hati dengan menyerang serta ugut di ruang komen Instagram milik sebuah syarikat rakaman yang merupakan penganjur pertandingan tersebut. Selain itu, syarikat rakaman juga telah menerima pesanan melalui Direct Message daripada netizen agar tidak memilih remaja perempuan tersebut.

Angkara #PukauChallengeDance Netizen Mengamuk

Kejadian ini agak membimbangan pihak penganjur dan juga pihak penyanyi, namun pihak penganjur mengharapkan sokongan yang positif dan berharap netizen tidak melakukan perkara yang merbahaya dan memberi kesan negatif kepada orang lain. Pihak penganjur juga berterima kasih kepada mereka yang sudi menyokong dan menyertai pertandingan ini.

Naufa atau nama penuh beliau Nor Fatihah binti Taib, merupakan nama yang masih lagi asing didalam industri muzik Malaysia. Mempertaruhkan lagu Pukau, yang merupakan single keduanya, mengetengahkan elemen dangdut moden buat pendengar. Pukau, karya terbaru daripada penulis lirik dan lagu El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd) ini, baru sahaja menerbitkan muzik video rasmi di saluran Youtube MAP Music pada 26 Jun 2021 yang lalu. 

Muzik Video Pukau ini, yang turut dibintangi oleh Asyraf Rozami (Youtuber) dan tarian daripada Hannymaru Dance Team, mengetengahkan unsur-unsur parodi bersulam nasihat yang berkaitan dengan perkataan “Pukau” itu sendiri. Persembahan visual juga dapat dilihat menyentuh secara tidak langsung akan isu-isu semasa dan sikap individu yang sentiasa terpukau dengan ‘pukauan’ teknologi masa kini. 

“Terdapat mesej-mesej tersirat yang kami implementasikan didalam Muzik Video Pukau ini, bukan sekadar tarian atau lakonan. Bergantung kepada penilaian penonton untuk menemui mesej-mesej tersebut dan sekiranya mereka terjumpa, mereka akan faham. Umpama seperti sebuah teka-teki didalam video.”, kata Kenzo Muhammad Saufi selaku pengarah, yang juga pernah mengarah muzik video Derita – Isma Sane yang mencecah 30 juta tontonan di saluran youtube. 

Apa yang menariknya untuk muzik video sulung Naufa kali ini adalah, penghasilan muzik video ini turut melibatkan sebanyak 19 buah syarikat berkolaborasi, antaranya AVR Studio Production, Voxscape Entertainment dan H&S Pictures, untuk video yang berdurasi 4 minit lebih ini. 

“Muzik video Pukau ini juga amat mencabar untuk Naufa kerana Naufa diperlukan untuk berlatih tarian hanya dalam masa 3 hari sahaja. Namun Naufa tetap menyahut cabaran ini dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Hannymaru Dance Team untuk melatih Naufa walaupun Naufa tiada pengalaman didalam bidang tarian sebelum ini,”

– Naufa
NAUFA PUKAU

“Sebanyak 10 pasang pakaian dan busana yang dipakai oleh Naufa untuk muzik video Pukau kali ini, juga melibatkan pakaian daripada Coco’s Creation dan juga WOI Malaysia. Walaupun agak penat kerana perlu bertukar pakaian dan solekan selama tempoh rakaman video yang mengambil masa seharian, namun bagi Naufa, ia merupakan pengalaman baru dan sangat berharga bagi Naufa,”

– Naufa

Naufa pernah memenangi tempat ketiga didalam rancangan TV3 Malaysia iaitu Lagu Cinta Kita Musim Pertama lalu. 

“Buat masa ini, Naufa diuruskan oleh pihak pengurusan Naufa iaitu Selesei Production sebagai pengurus artis.”, menurut Naufa yang pada awalnya mula menyertai Map Music sebagai artis rakaman pada sekitar akhir tahun 2019 dengan penghasilan single pertama “Tiada Untukmu” pada tahun 2020. 

Bercerita mengenai single kedua Naufa, beliau berharap lagu ini diterima pendengar dan menyokong permulaan beliau untuk mengembangkan bakat di persada seni. Lagu Pukau ini juga boleh didapati di kesemua platform digital muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, dan juga Apple Music. 

Map Music juga mengadakan pertandingan #PukauDance yang mengajak pengguna media sosial untuk turut serta menyertai dan berpeluang memenangi wang tunai di laman sosial Instagram @mapmusic dan @naufaofficial. 

Follow Naufa:
Instagram; naufaoffical Facebook; naufaofficial Youtube; naufaofficial
Tik Tok; naufaofficialtiktok Email; [email protected]

Muzik Video Rasmi Pukau: 

:: Cast; Naufa, Asyraf Rozami, Hannymaru, Hasya, Nazliatuliliana, Rabi’atul Syahindah :: MV Director; Kenzo Muhammad Saufi 

:: Produced By; Selesei Production
:: Executive Producer; Teoh B.Y
:: Line Producer; Azri Osman
:: Production Manager; Sharifah Nabila Syed Ali :: Asst. Production Manager; Amir Islahuddin 

:: Camera Operator; Nurhazman Ridzuan :: Asst. Camera Operator; Shahida Shakila :: Stylist; Puteri Yatie
:: Wardrobe; Coco’s Collection 

:: Audio Technician; Jai
:: Production Asst.; Khairil Rokkusan, Romeo Falique, Syafiq MK, Karl Hafidzi :: Naufa Asst.; Mia Anis 

Penghargaan: 

1. AVR Studio Production 2. H&S Pictures
3. WOI Malaysia
4. Voxscape Entertainment 5. Nasi Lemak Champion 

6. Coffee For Good
7. Krispies
8. Kuidaore By Miraish
9. Bubble Honey Sweet Setia Alam 10. The Equator
11. Montchoco
12. Pak John Steamboat & Bbq 13. Poketto
14. 3rd Project KL
15. Pau Pak Ngah
16. The Brownie Xperiment
17. Degree Coffee
18. Yuukiss
19. Khasha Beauty 

Lagu Pukau: 

:: Lagu & Lirik; El Hadam
:: Adunan Muzik; Adep Nett
:: Bass; Lowmang Mohd Irwandi Philip
:: Terbitan; Media Asia Production Sdn Bhd
:: Rakaman; Pro Recording Studio
:: Mixing; Koh @prostudio, Syko @mapstudio :: Vokal Guide; Johari Teh 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Anggota Dadali Meninggal Dunia Dalam Tempoh Seminggu

Astro Siar Drama Terhebat Tempatan, Hollywood & Korea Menerusi ‘Binge-athon’