in ,

Nabil Zamanhuri Dilaporkan Meninggal Dunia Pada Pagi 26 Mei di Usia 37 Tahun 

Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah. Semoga Allah tempatkan Allahyarham bersama orang yang beriman. 

Bekas pelakon, pengacara dan peserta Mentor musim pertama iaitu, Nabil Zamanhuri dilaporkan meninggal dunia pada pagi tadi di usia 37 tahun. 

Kepada yang masih ingat, Nabil pernah menyandang tempat naib juara di dalam program Mentor musim pertama pada 2005.

Berita pemergian Nabil disahkan oleh rakannya yang dikenali sebagai Mickey Sharom yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, Selangor. Bagaimanapun, punca kematian masih belum dikenal pasti.

Ya betul Nabil telah pergi meninggalkan kita pagi tadi,”

– Mickey Sharom
Nabil Zamanhuri Dilaporkan Meninggal Dunia Pada Pagi 26 Mei di Usia 37 Tahun

Kata Mickey, dia hanya menerima khabar namun tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai punca kematian arwah.

Sementara itu, ibu Nabil memaklumkan jenazah anaknya akan di bawa ke masjid di Ukay Perdana, Hulu Klang, Selangor selepas selesai proses bedah siasat.

Berdasarkan pemerhatian menerusi Instagram, berita mengenai pemergian Allahyarham ternyata mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan-rakan artis. 

Nabil Zamanhuri Dilaporkan Meninggal Dunia Pada Pagi 26 Mei di Usia 37 Tahun
Nabil Zamanhuri Dilaporkan Meninggal Dunia Pada Pagi 26 Mei di Usia 37 Tahun

Sekadar info, Nabil memulakan langkahnya dalam dunia hiburan tempatan dengan menyertai program nyanyian, Mentor untuk musim pertama yang mana dia berjaya menyandang tempat naib juara di dalam program realiti tersebut.

Dalam pada itu, dia juga pernah tampil dengan album solo berjudul Dari Jauh (2006), selain popular menerusi lagu Hey Emma! dan Hati Ini.

Nabil Zamanhuri Dilaporkan Meninggal Dunia Pada Pagi 26 Mei di Usia 37 Tahun

Allahyarham juga pernah menjadi pengacara program popular di TV3 iaitu Remaja sekitar tahun 2007 dan turut berlakon untuk beberapa naskhah drama.

Antara lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan adalah seperti Kenangan Lama, Hati Ini, Selangkah dan Beku.

Selain menyanyi Allahyarham juga bergiat aktif dalam lakonan filem dan drama seperti Terbaik dari Langit, Aladdin, Ijab Kabut, BoBoiBoy Movie 2, dan Kamelia Katrina.

Allahyaram meninggalkan seorang balu iaitu Adelia Citra Hapsari dan dua orang cahaya mata perempuan.

Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah. Semoga Allah tempatkan Allahyarham bersama orang yang beriman. 

Salam takziah dari Budiey Channel buat seluruh keluarga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Imej Samsung Galaxy Watch7 Ultra dengan Rekaan Berkotak Tertiris

Nora Arffin Imbau Kenangan Kali Terakhir Jumpa Semasa Hari Raya