in ,

DS Vida Nak ‘Sponsor’ Yasin Buat Gigi Baru, Nafi Nak Tumpang Populariti

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tampil meluahkan hasrat hati untuk menaja pelawak dan juga bekas bintang Gegar Vaganza musim ke-8, Yassin dengan membuat gigi baharu.

Perkara tersebut dizahirkan Vida menerusi sebuah hantaran di Instagram Gempak pada Sabtu lalu di mana dia mahu Yassin lebih yakin apabila memiliki sebaris gigi yang tersusun dan cantik.

Katanya lagi, dia bukanlah ingin menumpang populariti pelawak itu namun hanya ikhlas membantu.

Saya nak taja gigi Yassin. Sayang muda-muda tak ada gigi, isteri lawa. Saya bukan nak tumpang populariti pun. Yakin, lepas ni Yassin handsome ada gigi penuh.

DS Vida Nak ‘Sponsor’ Yasin Buat Gigi Baru, Nafi Nak Tumpang Populariti

Walau bagaimanapun, hasrat jutawan itu nampaknya tidak mendapat sokongan padu daripada pengguna media sosial.

yassin

Kata netizen, DS Vida dikatakan sengaja mahu menumpang popular dan ‘gila glamor’.

”Boleh DM terus kan Datuk, tak payah bagitahu semua orang kat sini.”saran seorang netizen.

”Asal ada cerita artis, mulalah masuk daun. Apo” sahut seorang lagi pengguna media sosial.

Terdahulu, Yassin ada membuat ulasan mengenai penampilan isterinya yang sebelum ini tidak diketahui ramai di mana didakwa cantik dan seiras Janna Nick setelah tularnya video TikTok pasangannya itu baru-baru ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

6 Sebab Mengapa Anda Perlu Melancong Ke Negeri Selangor Di Tahun 2022

Zul Ariff & Kamal Hamidi

Kisah CINTA SEMALAM Buat Kekasih Abadi Nyanyian Zul Ariff & Kamal Hamidi