in , ,

Kisah CINTA SEMALAM Buat Kekasih Abadi Nyanyian Zul Ariff & Kamal Hamidi

Lembaran 2022 di buka dengan pelancaran lagu ‘Cinta Semalam’ buat Zul Ariff dan juga Kamal Hamidi. Ini merupakan buah tangan ketiga untuk kedua dua penyanyi ini.

Zul Ariff sebelum ini pernah muncul dengan single pertamanya yang bertajuk ‘Saat Aku’ dan diikuti dengan single keduanya lagu koloberasi bersama Mimifly bertajuk ‘Iya’ yang dilancarkan pada tahun 2021. Kamal Hamidi pula sebelum ini pernah muncul dengan single ‘Selagi Nafas’ dan ‘Terbuai Perasaan’. Kedua dua single beliau merupakan OST kepada sebuah drama popular tanah air.

Lagu Cinta Semalam adalah hasil ciptaan Ilusinasi dan Zul Ariff, manakala susunan muzik dilakukan oleh saudara Iswandy Atan. Lagu Cinta Semalam merupakan mempunyai keunikan sendiri di mana kedua dua penyanyi yang mempunyai dua vocal range yang berbeza disatukan dalam satu lagu.

Kisah Cinta Semalam Buat Kekasih Abadi Nyanyian Zul Ariff &Amp; Kamal Hamidi

Menurut Kamal Hamidi dan Zul Ariff, idea asal lagu Cinta Semalam terhasil ketika negara sedang dalam tempoh PKP 3.0, semasa mereka berkongsi cerita tentang perkhabaran duka dari sahabat handai serta kehilangan orang2 terdekat antara mereka yang diuji dengan penyakit kanser.

Sebagaimana kita sedia maklum Kanser adalah antara penyakit utama di Negara kita. Harapan kedua dua penyanyi ini agar Lagu Cinta Semalam dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat dan memberi suntikan semangat untuk bangkit melawan penyakit kepada semua pejuang kanser di negara ini.

Lagu Cinta Semalam boleh mula didengari di semua digital platform mulai 21 Jan 2022 dan lirik video juga di lancarkan pada hari yang sama dan boleh di tonton di Youtube saluran Zakh Music.

Lagu : Cinta Semalam
Penyanyi : Zul Ariff, Kamal Hamidi Komposer : Ilusinasi, Zul Ariff Lirik : Ilusinasi, Zul Ariff
Susunan Muzik : Iswandy Atan

HARI YANG BERLALU KELAM MEMBAWA BAYANG SEMALAM MENGUNDANG RINDU
DAN DENDAM

BAGAI PURNAMA
ENGKAU KU DAMBA TIADA DI SAAT TIADA CAHAYA
KU MENUNGGU TIAP WAKTU

BERSATU DALAM LAGU

BERLALU AKU PERGI JAUH KU MEMBAWA DIRI MENCARI KASIH
SEJATI

BAGAI PURNAMA
ENGKAU KU DAMBA TIADA DI SAAT TIADA CAHAYA
KU MENUNGGU TIAP WAKTU

BERSATU DALAM LAGU

DAN AKU MASIH BERLAGU
DENGAN IRAMA LUKA PILU TERNYATA HANYA LAH PALSU BERSAMAMU MENGHANCUR JIWAKU

TERMANGGU JASAD TERPAKU RESAH KU, HAMPA BERLALU BERSATU DI DALAM LAGU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vida 2020 | 17

DS Vida Nak ‘Sponsor’ Yasin Buat Gigi Baru, Nafi Nak Tumpang Populariti

Uyaina Arshad | 18

Kongsi Berita Kematian Bapanya, Uyaina Arshad & Raja Syahiran Lancar Single AKHIR WAKTU