in ,

Drama TITI KAYU Lakonan Michael Ang Sempena Tahun Baru Cina

Februari ini, Niezam Zaidi katanya mempunyai misi untuk menculik manakala Michael Ang pula dengan misi Tahun Baharu Cinanya untuk membina titi kayu di kampungnya. Siapa pula yang ingin diculik oleh Niezam dan kenapa pula Michael Ang nak bina titi kayu?

Kedua-duanya mempunyai misi untuk diselesaikan bersempena dengan drama yang bakal disiarkan pada 2 & 9 Februari ini. Apa lagi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan drama Misi Penculikan Cinta dan Titi Kayu yang dibawakan khas untuk anda bersempena Anugerah Juara Lagu (AJL 33) dan Tahun Baharu Cina di slot Cerekarama, pada hari Sabtu, jam 9.00 malam.

Drama Titi Kayu

ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA

TITI KAYU, 9 FEBRUARI

Ah Lim atau lebih mesra disapa Alim (Michael Ang) seorang yang lurus bendul. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan.

Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan sebatang sungai.

Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar.   

Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama.

Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.

Berjayakah Alim dan Umar dalam misi mereka? 

Pelakon: Michael Ang, Rizz Amin, Jaja Iliyes DFKL, Rahim Omar, Auntie Margarat, Adik Syed Ali

Drama Titi Kayu
Drama Titi Kayu
Drama Titi Kayu
Drama Titi Kayu
Drama Titi Kayu
Drama Titi Kayu
Drama Titi Kayu
Drama Titi Kayu
Drama Titi Kayu
Drama Titi Kayu
Drama Titi Kayu
Drama Titi Kayu
Drama Titi Kayu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama PUJAAN HATI KANDA Raih 12 Juta Tontonan

Drama MISI PENCULIKAN CINTA Sempena Anugerah Juara Lagu