in , ,

Drama PUJAAN HATI KANDA Raih 12 Juta Tontonan

Sebanyak 12 juta penonton terpaku dipikat kanda Danny! Drama Pujaan Hati Kanda yang menggandingkan Remy Ishak dan Mira Filzah ini telah meraih rating terkumpul sebanyak 12 Juta dengan episod akhirnya ditonton 5 Juta penonton pada 28 Januari lalu.  Lebih membanggakan, drama ini turut memperoleh lebih 30 juta tontonan di Youtube @TV3Malaysia!. (sumber Nielsen Audience Measurement).

Pujaan-Hati-Kanda-Thank-you-Poster
Tahniah TV3, semua krew dan pelakon yang terlibat dengan drama PUJAAN HATI KANDA.

“Drama ini bukan sahaja tular kerana watak utamanya, malah dua watak antagonisnya iaitu watak Pali yang dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly dan Kak Su oleh Reen Rahim turut tular apabila netizen geram dengan kedua watak ini.

Kesemua watak di dalam drama ini mempunyai peranan tersendiri yang turut membantu drama ini diterima baik oleh orang ramai.  Terima kasih kami ucapkan buat penonton setia yang sentiasa memberi sokongan terhadap drama-drama melayu di TV3.

Sokongan anda menjadi pemangkin buat kami untuk sentiasa berusaha membawakan pelbagai lagi drama dan program menarik untuk tontonan anda!”

– Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri

Raih Tontonan Tertinggi Di Youtube & Facebook Melebihi 30 Juta Tontonan!

Berakhirlah teka-teki siapa ibu bapa kandung bayi comel bernama Rizqy. Danny juga menjadi hak mutlak Tiara yang sarat hamil. Pujaan Hati Kanda mengisahkan mengenai Danny lakonan Remy Ishak yang menerima kehadiran seorang bayi di hari pernikahannya.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqy dan benarkah Rizqy anak kandungnya.

Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar lepasan universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu.

Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri. Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dr. Irma Entertainment Lancar Video Muzik SENDIRI Akmar Natasha

Drama TITI KAYU Lakonan Michael Ang Sempena Tahun Baru Cina