in

Drama Sempena Hari Merdeka di TV2

3 DRAMA KEMERDEKAAN MENARIK MENGISI SLOT CITRA DAN PILIHAN JUMAAT DI TV2

Saban tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa menjanjikan drama-drama menarik sempena bulan kemerdekaan dan tahun ini menerusi saluran Dunia Ria TV2, Slot Citra muncul dengan drama menyemarakkan pengertian merdeka yang sebenarnya menerusi Songkok pada 21 Ogos 2009 dan Kasih Merdeka pada 28 Ogos 2009 (Jumaat), jam 8.30 malam di TV2. Manakala slot Pilihan Jumaat pula menghidangkan Bunga Raya Untuk Su Tin pada 21 Ogos 2009 (Jumaat), jam 3.00 petang di TV2.

Songkok lakonan berkesan Mubarak Majid, Jesse Lim, Hasnol Rahmat, Justin Choo, Maimon Mutalib, Nurul Hidayah Ishak dan Abdul Hadi Hassan mengajak penonton berkongsi kisah Mustafa, seorang pembuat songkok traditional sejak zaman sebelum merdeka. Namun perniagaan songkok Mustafa tiada sambutan kini dan kehidupan Mustafa agak tersepit apabila anak-anaknya memujuk Mustafa tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur namun Mustafa tidak bersetuju meninggalkan kedainya itu.

Mustafa berkawan karib dengan Chong Lee sejak zaman sebelum Merdeka. Chong Lee, bekas komunis yang telah insaf dan membuka sebuah kedai tayar di pekan kampung mereka. Chong Lee meminta anaknya, Chong Wu mempelajari cara-cara membuat songkok daripada Mustafa.
Zara anak bongsu Mustafa berkawan baik dengan Chong Wu dan keadaan itu membuatkan Zamri seorang mat rempit merasa cemburu. Chong Lee menceritakan sejarah perkenalan dia dan juga Mustafa dimana dia telah diselamatkan oleh Mustafa ketika lari dari komunis. Mustafa tidak lupa dan sentiasa menghadiahkan Chong Lee sebuah songkok setiap tahun harijadinya tiba.
Namun tahun itu berlaku kejadian yang tidak diduga di mana kedainya dibakar oleg Zamri. Dapatkah Mustafa menghadiahkan songkok kepada Chong Lee?

Menyusul Kasih Merdeka yang berlegar sekitar kisah pencarian seorang anak Ahmad Razak, lelaki berusia 51 tahun yang telah terpisah daripada ibu dan bapanya sejak dilahirkan pada tahun 1957. Kini, lelaki itu dengan bantuan anaknya, Rashdan, 32 tahun dan cucunya iaitu Ramlee, 13 tahun mula menjejak kasih untuk mencari ibu bapanya dengan harapan masih belum terlambat untuk menyambut hari Merdeka yang ke-51 sebagai sebuah keluarga yang telah lama terpisah. Pencariannya berakhir setelah mendapat tahu bapanya sudah meninggal dan tanpa disangka, beliau mempunyai seorang adik perempuan setelah temubual beliau dengan pihak TV diadakan.

Kasih Merdeka dijayakan wataknya oleh Yalal Abu Chin, Muhamad Rashdan Abd Halim, Normala Omar, Mohamad Budiman, Mahyon Ismail dan Katty Azean.

Dibintangi pelakon antaranya Wan Hanafi Su, Louisa Chong, K.S Maniam, Faizal Yusup, Felina Cheah, Maimun Talib dan Arifah Damanhuri, Bunga Raya Untuk Su Tin menghidangkan kisah Rahmat menamatkan perkhidmatan tentera selama 25 tahun dan merancang mahu membuka satu perniagaan jualan langsung. Begitu pun Rahmat terpaksa bersaing dengan Datuk Sathiya. Ini telah menyebabkan perhubungan Raudah, anak Rahmat dan Robert, anak Sathiya bersama Su Tin terhalang dengan serta merta hingga kedua-duanya menyertai perniagaan keluarga masing-masing. Rahmat yang dibantu oleh Raudah menjalankan perniagaannya sendiri, hampir ditipu oleh seorang ahli perniagaan luar negeri, Mr. MacMicheal tetapi berjaya disedarkan dengan bantuan Dewan Perniagaan Bekas Tentera Malaysia. 

 

Rupa-rupanya suatu ketika dulu, pada tahun 1980an, Rahmat, Sathiya dan Su Tin pernah alami cinta tiga segi. Perseteruan antara Rahmat dan Sathiya bermula apabila Sathiya gagal menyelamatkan ibu Rahmat dalam satu serangan komunis di rumah Rahmat yang membuatkan ibu Rahmat terbunuh. Sathiya mengahwini Su Tin setelah gagal menemui Rahmat yang dipukul komunis hingga pengsan dan disangka mati ketika mencari akar kayu di hutan. Sathiya berasa bertanggungjawab melindungi Su Tin yang tiada keluarga. Sathiya sendiri tidak dapat membohong hatinya menyintai Su Tin. Rahmat akhirnya mengakui keikhlasan Sathiya dan bagi mereka masing-masing adalah wira kepada bangsa dan tanahair walaupun situasi dan keadaannya berbeza.

Untuk berkongsi plot drama menarik ini, jangan ketinggalan meluangkan masa menonton Songkok pada 21 Ogos 2009 (Jumaat) dan Kasih Merdeka pada 28 Ogos 2009 (Jumaat), jam 8.30 malam di TV2 juga Bunga Raya Untuk Su Tin pada 21 Ogos 2009 (Jumaat), jam 3.00 petang di TV2.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. gambar yang last tu ada pelakon nama arfah damanhuri, kan…pasai apa dia tanggal tudung haa??? setau aku, dia neh jaga aurat…sama la cam wan nor azlin, dalam drama pun boleh on off pakai tudung…apa la nak jadi…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program Masakan Sempena Ramadan di RTM

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Album Chandra